Cakna AI

Terakhir dikemas kini: 22 Mei 2026

1. Penerimaan terma

Dengan menggunakan laman caknaai.com atau menempah mana-mana servis Cakna AI (“kami”), anda bersetuju dengan terma di bawah. Kalau anda tidak bersetuju, sila jangan gunakan servis kami.

2. Skop servis

Cakna AI menyediakan:

  • Starter Offer (RM 500): deliverable specific yang dijelaskan dalam scope masing-masing
  • Konsultansi penuh: bina sistem AI workflow custom mengikut spec yang dipersetujui
  • Kandungan media percuma: blog, video, post di platform sosial

3. Proses engagement

Setiap projek berbayar bermula dengan discovery call percuma untuk menentukan scope. Selepas itu, SOW (Statement of Work) bertulis akan dihantar yang menyatakan deliverable, timeline, dan kos. Kerja bermula selepas SOW disahkan dan deposit dibayar.

4. Pembayaran

  • Starter Offer: bayaran penuh sebelum kerja bermula
  • Konsultansi penuh: 50% deposit, baki selepas siap (atau milestone-based untuk projek besar)
  • Retainer: bayaran bulanan di awal bulan
  • Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM) dan tidak termasuk SST kalau berkenaan

5. Pemilikan IP

Selepas pembayaran penuh, semua kod, workflow, dokumentasi, dan deliverable yang dibina untuk klien menjadi milik klien sepenuhnya. Cakna AI menyimpan satu salinan untuk tujuan rujukan dan sokongan, dan boleh menggunakan rangka kerja umum dan pembelajaran untuk projek lain.

6. Pembatalan dan refund

  • Starter Offer: sebelum kerja bermula, refund penuh. Selepas kerja bermula, refund pro-rata berdasarkan peratusan siap.
  • Konsultansi penuh: deposit tidak boleh refund selepas SOW disahkan. Baki boleh dirundingkan ikut peratusan siap.
  • Retainer: boleh dibatalkan dengan notis 30 hari.

7. Tanggungjawab klien

Klien bertanggungjawab untuk:

  • Memberi akses dan maklumat yang diperlukan untuk siapkan kerja
  • Memberi maklum balas dalam timeline yang dipersetujui
  • Membayar yuran ikut jadual
  • Memastikan penggunaan deliverable mematuhi undang-undang tempatan

8. Batasan liabiliti

Cakna AI menyediakan servis dengan usaha munasabah, tetapi tidak menjamin hasil specific (cth: peningkatan revenue, kos savings tertentu). Kami tidak bertanggungjawab untuk:

  • Perubahan dalam tool pihak ketiga (cth: API breaking changes oleh Anthropic, n8n, dll)
  • Kerosakan tidak langsung atau konsekuensi (loss of revenue, business interruption)
  • Penggunaan deliverable melebihi scope yang dipersetujui

Liabiliti maksimum Cakna AI dalam mana-mana keadaan terhad kepada jumlah yang dibayar oleh klien untuk projek tersebut.

9. Undang-undang yang terpakai

Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian akan diselesaikan di mahkamah Malaysia.

10. Perubahan terma

Kami boleh kemas kini terma ini dari semasa ke semasa. Klien sedia ada akan dimaklumkan tentang perubahan ketara melalui email.

11. Hubungi kami

Soalan tentang terma ini? Emel admin.caknaai@gmail.com.