Cakna AI

Seminar Korporat · Hari Penuh

Claude for Small Business: Plugin yang Jimatkan 5+ Jam Admin Seminggu

Seminar 2 jam + Workshop hands-on 4 jam untuk owner SME dan pasukan korporat Malaysia. Peserta balik dengan plugin terpasang, 5 skill aktif, dan action plan 30 hari.

Hantar Pertanyaan WhatsApp Terus
30 peserta optimum Tenaga pengajar: Nik Mohd Zufadhli Bahasa Melayu

Masalah yang seminar ini selesaikan

Owner SME Malaysia habiskan 10–15 jam seminggu untuk kerja admin berulang — chase invoice tertunggak, balas customer, susun kewangan, draft pemasaran. Plugin Claude Small Business automasi sebahagian besar kerja ini. Tetapi kebanyakan owner tak tahu plugin ni wujud, dan yang dah tahu pun stuck di setup.

Invois tertunggak makan masa

3–4 jam seminggu chase customer secara manual. Plugin boleh draft reminder yang professional — anda approve dan hantar.

Cash flow tak jelas

End-of-month baru tahu rugi. Plugin baca data perbankan dan beri snapshot setiap pagi — tanpa accountant.

Marketing content lambat

Idea ada, masa tak ada. Plugin draft caption Instagram, hashtag, jadual posting — integrate dengan Canva.

Customer complaint backlog

Email customer tertimbun. Plugin baca, kategorikan, draft jawapan empati — anda hanya semak dan hantar.

Format: Seminar 2 jam + Workshop hands-on 4 jam

Pagi: teori dan demo. Petang: peserta jalankan plugin pada data perniagaan sendiri. Bukan tonton sahaja — balik dengan sistem yang sudah berfungsi.

Pagi — Seminar 2 Jam

10:00 pagi – 12:00 tengah hari
  • Konteks: kenapa Claude (vs ChatGPT), apa itu plugin Small Business
  • Demo 11 skill paling relevan untuk SME Malaysia — live, bukan slide
  • Connector yang sesuai untuk Malaysia (SQL Account, Auto Count, iPay88, eGHL, Maybank2u CSV)
  • ROI matematik: berapa jam dijimatkan, berapa ringgit setiap skill
  • Q&A 20 minit dengan owner lain dalam dewan

Petang — Workshop Hands-on 4 Jam

12:45 – 16:30 (rehat 15 min)
  • Block 1 Money (60 min) — cash flow snapshot, invoice chase, expense tracking, business pulse
  • Block 2 Sales & CRM (45 min) — pipeline manage, lead enrichment, follow-up automation
  • Block 3 Marketing (45 min) — content brief, Canva integration, social schedule
  • Block 4 Customer & Legal (45 min) — handle complaint, customer pulse, contract review (second opinion)
  • Block 5 AI Readiness audit + action plan 30/60/90 hari

11 skill yang peserta akan kuasai

Dari 31 skill dalam plugin, kami fokus pada yang paling relevan untuk konteks Malaysia. Tax skill US-specific dan duplikat kami skip.

1. business-pulse

Dashboard pagi: kewangan, jualan, customer, ops — semua dalam satu chat.

2. cash-flow-snapshot

Status cash hari ini berdasarkan transaksi 30 hari kebelakang.

3. invoice-chase

Draft reminder professional untuk customer tertunggak — approve sebelum hantar.

4. expense-categorizer

Susun perbelanjaan berdasarkan kategori cukai — selesai sebelum filing.

5. pipeline-manager

Status semua deal aktif dengan next action setiap satu.

6. lead-enrichment

Lookup company info untuk prospek — sebelum first meeting.

7. follow-up-automation

Sequence balasan untuk lead yang belum convert.

8. content-brief

Brief lengkap untuk satu post: hook, body, CTA, hashtag, visual idea.

9. canva-creator

Generate design Canva terus dari brief — bukan template generik.

10. handle-complaint

Baca complaint customer, kategorikan, draft jawapan empati.

11. contract-review

Highlight klausa berisiko dalam draft contract — second opinion, bukan ganti peguam.

Pelaburan

Hari penuh · Seminar 2j + Workshop 4j
RM 597
setiap peserta Termasuk: handout 10 muka, kertas kerja exercise, sijil penyertaan, follow-up 1-on-1 selepas workshop, akses WhatsApp group alumni

Untuk pakej korporat 30 peserta atau lebih, harga group tersedia. Sebut dalam pertanyaan anda.

Untuk siapa seminar ini

Untuk Owner SME

Daftar seat individu

Owner SME, founder solo, atau pasukan kecil 2–5 orang. Daftar sebagai individu untuk seminar terbuka berikutnya. Anda akan dimaklumkan bila tarikh dibuka.

Saya Berminat
Untuk Badan/Korporat

Closed-group untuk pasukan anda

MARA, PUNB, SME Corp, HRD Corp, agensi kerajaan, atau dalaman korporat. Saya datang ke venue anda, modul boleh disesuaikan, kertas kerja penuh siap.

Lihat Pakej Korporat

Hantar pertanyaan

Saya semak setiap pertanyaan secara peribadi dan balas dalam 24 jam waktu bekerja.

WhatsApp Terus

Soalan lazim

Saya tak ada Claude Pro account. Boleh sertai?

Boleh. Pre-flight 30 minit sebelum start, kami bantu daftar Claude Pro (kos sekitar USD 20/bulan, boleh batal lepas workshop kalau tak suka). Cas kad kredit refundable dalam 7 hari.

Saya tak ada accounting software macam SQL atau Auto Count. Plugin masih guna?

Ya. Plugin boleh baca CSV dari Maybank2u atau bank lain. Untuk skill yang require connector tertentu, kami tunjuk workflow CSV sebagai fallback. Tidak semua skill memerlukan integrasi penuh.

Workshop ni sesuai untuk staf admin atau hanya untuk owner?

Dua-dua. Untuk badan/korporat, kami selalunya gabung 1 owner/CEO dengan 1-2 staf admin atau operations. Owner buat keputusan strategi, staf yang akan run plugin harian.

Adakah seminar ini HRD Corp claimable?

Untuk closed-group korporat — ya, boleh dimohon di bawah SBL Khas. Kami siapkan dokumen sokongan (kertas kerja, kurikulum, sijil) yang HRD Corp perlukan. Untuk seat individu, anda boleh check dengan majikan anda.

Lepas seminar, ada follow-up?

Ya. WhatsApp group alumni (tanya bila stuck), email D+30 (audit progress), email D+90 (case study + tawaran Fasa 2 mentoring berbayar untuk yang nak deep dive).

Saya bukan owner SME — saya kerja dalam korporat besar. Sesuai?

Untuk seat individu seminar terbuka — tak begitu sesuai, kerana exercise direka untuk konteks SME. Tetapi kalau syarikat anda nak adopt Claude di department-level, kami boleh customize sebagai sesi dalaman. Hantar pertanyaan, kita borak.