Cakna AI

Terakhir dikemas kini: 22 Mei 2026

1. Pengenalan

Cakna AI (“kami”, “laman web kami”) menghormati privasi pelawat dan pelanggan kami. Polisi ini menjelaskan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, dan melindungi maklumat peribadi anda apabila anda melawat caknaai.com atau berinteraksi dengan kami melalui mana-mana saluran komunikasi.

2. Maklumat yang kami kumpul

Kami mengumpul maklumat berikut:

  • Maklumat yang anda berikan secara sukarela: nama, alamat email, nombor telefon, nama syarikat, dan butiran perniagaan apabila anda mengisi borang hubungi atau menempah discovery call.
  • Data analitik: alamat IP, jenis browser, halaman yang dilawati, masa pelawat, dan rujukan trafik. Data ini dikumpul melalui alat seperti Google Analytics.
  • Cookies: kami menggunakan cookies untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan analitik. Anda boleh mengawal tetapan cookies melalui browser anda.

3. Bagaimana kami menggunakan maklumat anda

Maklumat anda digunakan untuk:

  • Membalas pertanyaan dan menjadualkan discovery call
  • Menghantar maklumat tentang servis (hanya kalau anda subscribe newsletter)
  • Memperbaiki kandungan dan pengalaman laman web
  • Memenuhi obligasi kontrak kalau anda jadi klien

4. Perkongsian dengan pihak ketiga

Kami tidak menjual atau menyewa maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga. Kami berkongsi data terhad dengan:

  • Penyedia analitik: Google Analytics untuk memahami trafik laman web
  • Penyedia email: untuk hantar respons atau newsletter
  • Penyedia pembayaran: kalau anda jadi klien berbayar (data pembayaran diuruskan oleh penyedia, bukan disimpan oleh kami)
  • Pihak berkuasa: apabila dikehendaki oleh undang-undang Malaysia

5. Hak anda di bawah PDPA Malaysia

Mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA), anda berhak untuk:

  • Akses kepada maklumat peribadi anda yang kami simpan
  • Meminta pembetulan data yang tidak tepat
  • Menarik balik persetujuan untuk pemprosesan data
  • Meminta data anda dipadam (tertakluk kepada obligasi undang-undang)

Untuk apa-apa permintaan, hubungi kami di admin.caknaai@gmail.com.

6. Penyimpanan data

Kami menyimpan maklumat peribadi anda hanya selama yang diperlukan untuk tujuan ia dikumpul, atau sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang. Data analytics disimpan tanpa pengenalan peribadi.

7. Keselamatan

Kami menggunakan langkah teknikal yang munasabah (SSL, akses terkawal, plugin keselamatan) untuk melindungi data. Namun, tiada transmission internet adalah 100% selamat.

8. Perubahan polisi

Kami mungkin kemas kini polisi ini dari semasa ke semasa. Tarikh “terakhir dikemas kini” di atas akan ditukar setiap kali ada perubahan ketara.

9. Hubungi kami

Untuk pertanyaan tentang polisi privasi ini, emel admin.caknaai@gmail.com.