Skip to main content

Cakna AI

Setahun lepas, kalau anda tanya saya soalan “macam mana nak mula guna AI untuk bisnes saya?”, saya akan hantar kepada anda tiga-empat link blog yang berbeza. Satu tentang pilih tool. Satu tentang prompt. Satu lagi tentang automasi. Semua betul, semua berguna — tetapi anda yang terpaksa susun sendiri urutan tangganya.

Jadi, sejak beberapa bulan lepas saya kumpulkan semuanya menjadi satu benda yang lebih kemas: ebook 50 muka surat, percuma, dalam Bahasa Melayu — dan hari ini ia siap untuk dimuat turun.

Kulit ebook AI untuk Bisnes Kecil

Kenapa saya tulis ebook ini

Sebenarnya, ada satu nombor yang tak lepas dari fikiran saya sepanjang menulisnya. Kajian pada 2026 menunjukkan kira-kira 68% bisnes kecil sudah “guna AI” dalam sesuatu bentuk — tetapi hanya sekitar 14% yang menjadikannya sebahagian tetap daripada cara mereka beroperasi. Selebihnya tersangkut di zon tengah: dah cuba, dah teruja, tapi hujung bulan aliran tunai tak berubah langsung.

Jurang antara guna dan sistem itulah yang ebook ini selesaikan. Bukan senarai “50 tool AI terbaik” lagi satu — tetapi satu tangga yang jelas, disusun langkah demi langkah, untuk pemilik bisnes yang tiada background teknikal.

Apa yang ada di dalamnya

Ebook ini disusun sebagai empat anak tangga:

  • FAHAM — apa sebenarnya AI ni dalam bahasa kedai kopi, apa ia boleh dan tak boleh buat, dan cara cari bottleneck bisnes anda sebelum keluar satu sen pun.
  • MULA — pilih tool pertama (jawapannya bukan lima belas), setup 7 hari tanpa burn duit, dan seni prompt yang menentukan 80% kualiti output.
  • GUNA — use case sebenar ikut kerja: marketing, admin, jualan, metrik, dan satu bab tentang soalan yang semakin penting — adakah pelanggan jumpa bisnes anda bila mereka tanya ChatGPT?
  • SISTEM — Skills, memori, automasi berjadual, dan keselamatan data PDPA yang wajib settle sebelum semua itu.

Selain 16 bab tu, ada 19 template prompt siap-copy untuk kerja harian SME, pelan 30 hari dengan senarai semak yang boleh terus print, dan semua harga dalam RM dengan konteks Malaysia — AutoCount bukan QuickBooks, WhatsApp bukan Slack.

Untuk siapa ebook ini (dan untuk siapa bukan)

Berbaloi untuk anda muat turun kalau anda pemilik bisnes 1-30 pekerja yang dah dengar tentang AI, mungkin dah cuba sikit-sikit, tapi belum nampak kesan sebenar pada masa atau jualan anda. Anda tak perlu tahu apa-apa istilah teknikal — setiap satu diterangkan dengan analogi.

Dan secara jujurnya, ebook ini bukan untuk semua orang. Kalau anda developer yang dah selesa bina automasi sendiri, kandungannya akan terasa asas. Kalau bisnes anda 100% walk-in tanpa sebarang proses digital, ada benda lain yang patut anda settle dulu sebelum AI — dan saya tulis tentang itu pun di dalamnya.

Cara dapatkannya

Mudah sahaja: pergi ke halaman ebook, masukkan nama dan email, dan PDF terus boleh dimuat turun. Percuma sepenuhnya — tiada bayaran tersembunyi, tiada spam. Email anda saya guna untuk hantar panduan AI untuk SME dari semasa ke semasa, dan anda boleh berhenti bila-bila masa.

Jadi, kalau anda dah lama rasa “AI ni saya patut belajar betul-betul lah” tapi tak tahu nak mula dari mana — inilah tempat mulanya. Satu tangga pada satu masa.


Muat turun ebook percuma anda

AI untuk Bisnes Kecil: Panduan Langkah Demi Langkah dari Sifar Hingga Sistem — 50 muka surat, 16 bab, 19 template prompt, pelan 30 hari. Dalam Bahasa Melayu, dengan konteks Malaysia sepenuhnya.

Muat turun sekarang — percuma →

Atau kalau anda lebih suka berbual dulu: saya ada 30-min discovery call percuma untuk kupas di mana AI boleh tolong bisnes anda. Tempah slot →


Leave a Reply