Bukan hype. Saya solve masalah operasi sebenar — di sekolah, di firma trading, dan di perniagaan yang anda jalankan setiap hari.
Setiap minggu saya jumpa pemilik bisnes SME yang tanya soalan sama: “AI ni, sebenarnya macam mana saya pakai untuk bisnes saya?” Sumber yang ada selalunya terlalu hype (“AI akan ubah segala-galanya!”) atau terlalu teknikal (“mari bincang token embedding”). Tiada jambatan di antaranya.
Saya sedang bina jambatan itu — bukan dengan teori, tapi dengan sistem sebenar yang saya ship untuk klien sebenar: sistem pengurusan sekolah untuk KISE, trading automation untuk Nikabina, dan content engine untuk Cakna AI sendiri.
Cakna AI ada dua sisi. Sisi media — kandungan percuma di YouTube, Instagram, dan blog yang demystify AI dalam Bahasa Melayu. Sisi konsultansi — saya bina AI workflow untuk founder SME yang serius mahu transform operasi mereka.
Saya bukan one-man show yang jual produk. Saya kolaborator. Klien yang serius bina bersama saya selama beberapa minggu atau bulan — sehingga sistem mereka jalan tanpa saya.
Kami bukan sekadar bina sistem untuk klien; kami bina dan operasikan produk sendiri. Malah operasi harian kami sendiri dijalankan oleh Hermes, ejen AI dalam VPS yang uruskan 18 cron job: video YouTube harian, autoblog mesra SEO, autopost media sosial, dan risikan pasaran AI terus ke Telegram.
Sistem boleh dibina, di-debug, ditingkatkan. Saya layan ia begitu.
Saya takkan suggest tool yang saya tak yakin akan recoup kosnya untuk anda.
Founder SME Malaysia bukan audien kelas kedua. BM utama, English bila istilah memerlukan.
Kalau saya rasa anda buat keputusan salah, saya beritahu sebelum kita ship.
Apa yang saya guna untuk bina sistem klien.
Build platform untuk application development
Workflow automation
Content intelligence dari pelbagai sumber
Penjanaan imej & video
Ejen AI operasi 24/7 dengan cronjob
Tempah discovery call 20 minit — percuma, tiada commitment.
Tempah discovery call