Cakna AI

3 Prompt AI untuk Faham Pesaing Bisnes Anda — Templat Sedia untuk SME

Published: 11 Jun 2026 · Cakna AI


Pemilik kedai nasi ayam di Shah Alam tanya saya minggu lepas: “Outlet sebelah saya nampak ramai customer setiap lunch hour. Kedai saya pun ramai juga, tapi customer berbeza. Apa yang dia buat berbeza berbanding saya?”

Itu memang soalan competitor intelligence — bukan “siapa lebih besar”, tetapi “kenapa customer pilih dia bukan saya”. Untuk SME, jenis soalan ini paling boleh diambil tindakan.

Selalunya pemilik bisnes cuba jawab dengan cara tradisional: berjalan ke kedai pesaing, perhatikan, balik tulis nota. Cara ini memakan masa, dan selepas seminggu observation, anda hanya dapat 30% jawapan. Jadi, dalam post ini saya nak tunjuk tiga prompt AI yang boleh bagi 70-80% jawapan dalam 15 minit. Ini bukan sihir — tapi anda masih kena verify dan turun padang untuk check kesahihannya. Tetapi anda mula dari titik yang memang lebih advanced berbanding pesaing anda.

Setiap prompt di bawah ada templat sedia-copy. Tukar bracket dengan detail bisnes anda, paste ke Claude atau ChatGPT, dapat output yang berfaedah.

Prompt 1: Ranking pesaing (Fill-in-the-blank)

Bila anda tanya AI “siapa pesaing saya?”, anda akan dapat senarai neutral. Untuk SME, jawapan neutral memang tak berguna. Anda perlukan ranking — siapa terbaik dalam apa.

Trik strategiknya: paksa AI ranking dengan struktur isi tempat kosong. Templat:

“Sediakan ranking daripada yang terbaik kepada yang terburuk bagi pesaing berikut dalam [jenis bisnes] di [kawasan] berdasarkan [kriteria spesifik anda]. Sertakan justifikasi untuk setiap kedudukan ranking.

  • [Pesaing 1]
  • [Pesaing 2]
  • [Pesaing 3]
  • [Pesaing 4]”

Contoh konkrit untuk kedai nasi ayam di Shah Alam:

“Sediakan ranking daripada yang terbaik kepada yang terburuk bagi pesaing berikut dalam kategori kedai nasi ayam di Shah Alam berdasarkan harga set lunch, reputasi rasa di Google reviews, dan kekuatan presence di TikTok:

  • Nasi Ayam Kak Long
  • Hainan Crispy Chicken Rice
  • Wong Solo
  • Nasi Ayam Pak Ali”

Output AI akan bagi ranking 1-4 dengan reasoning per criterion. Anda akan nampak siapa power dalam apa. Mungkin Pesaing A dominan dari segi rasa, Pesaing B dominan dari segi harga, Pesaing C selalu dominan dari segi social presence. Itu memberitahu anda secara jelas gap yang anda boleh isi.

Satu catatan penting: AI bagi pendapat berdasarkan data publik (review, social, media). Bukan internal data pesaing. Treat output ini sebagai starting hypothesis, bukan kebenaran mutlak.

Prompt 2: Reverse-engineer marketing pesaing

Adakah anda pernah perasan satu kedai online tetap muncul bila customer search bisnes anda? Pesaing tu memang tak guna sihir — dia ada strategi pemasaran yang berkesan. Jadi, AI boleh bantu anda “membaca balik” strategi mereka.

Templat:

“Analisis strategi pemasaran digital [nama pesaing] dalam industri [jenis bisnes] di Malaysia. Berikan:

  1. Platform yang mereka aktif (FB, IG, TikTok, YouTube — yang mana paling consistent)
  2. Frekuensi posting dan jenis content (caption-only, image, video, carousel)
  3. Voice/tone yang mereka pakai (formal, casual, humorous, informative)
  4. CTA pattern (apa mereka selalu suruh viewer buat)
  5. Audience yang mereka target berdasarkan content (demografi, interest)
  6. 3 mesej utama yang berulang dalam content mereka

Berdasarkan analisis ini, cadangkan 2-3 angle yang [bisnes saya, jenis] boleh ambil yang berbeza tetapi tetap relevan.”

Contoh konkrit untuk agensi creative 5 orang di KL:

“Analisis strategi pemasaran digital agensi pesaing ‘Studio XYZ’ dalam industri agensi design untuk SME di Malaysia. Berikan […] Berdasarkan analisis ini, cadangkan 2-3 angle yang agensi saya yang fokus pada F&B clients di Selangor boleh ambil yang berbeza tetapi tetap relevan.”

Output: anda dapat reverse-engineer funnel marketing pesaing tanpa anda perlu jadi customer mereka. Lebih penting lagi — bahagian akhir prompt memang minta differentiation angle. Tujuannya bukan untuk tiru, tetapi untuk pilih posisi yang pesaing tinggalkan kosong.

Catatan sama macam Prompt 1: AI berdasarkan apa yang publik. Strategi internal mereka (paid ads, partnership, retainer client list) memang tak boleh diakses. Tetapi 80% strategi SME competitor tu sebenarnya visible di public — anda tak miss banyak.

Prompt 3: Gap analysis — di mana pesaing gagal

Yang paling under-utilized: jangan tanya AI “apa pesaing buat dengan baik” — tanya “di mana mereka gagal”.

Templat:

“Berdasarkan ulasan customer (Google reviews, Facebook comments, complaint forums) untuk [nama pesaing] dalam industri [jenis bisnes] di [lokasi], kenal pasti 5 keluhan customer yang berulang. Untuk setiap keluhan:

  1. Specific issue (apa customer complain)
  2. Frekuensi (anggaran berapa kerap complaint yang sama)
  3. Severity (impact ke retention/word-of-mouth)
  4. Strategi yang [bisnes saya, jenis] boleh ambil untuk address keluhan yang sama secara explicit dalam marketing dan operations

Fokus pada keluhan yang menunjukkan customer disappointment atau missed expectations.”

Contoh: untuk pemilik printing shop di Petaling Jaya yang nak bersaing dengan printing shop lain dalam radius 5km.

Output yang anda akan dapat:

  • Pesaing A sering kena complain “delivery lewat” — anda boleh promo “on-time atau free reprint”
  • Pesaing B sering kena complain “communication slow” — anda boleh emphasize “reply WhatsApp dalam 1 jam”
  • Pesaing C sering kena complain “quality tak consistent” — anda boleh tunjuk QC process anda

Gap analysis = competitor weakness = peluang pembezaan anda. Ini adalah “emas” sebenar dalam competitor intel sebab anda memang boleh jadikan messaging anda yang secara spesifik untuk mengetahui pain yang customer pesaing anda rasa.

Satu catatan jujur: review online sememangnya ada bias — orang yang complain selalu lebih vocal daripada orang yang puas hati. Jadi, treat output sebagai direction, bukan statistical truth. Confirm dengan customer interview kalau possible.

Reality check: had untuk AI competitive intel

Saya nak jujur tentang limit teknik ini.

AI memang tak boleh akses:

  • Data jualan internal pesaing (revenue, margin, transaction volume)
  • Customer database pesaing
  • Negotiations dan partnership terms pesaing
  • Strategy meeting / pivot decisions pesaing

AI cuma bagi gambar:

  • Apa yang publik (web, social, review, media coverage)
  • Pattern dan trend dari data publik tu
  • Inference berdasarkan pattern

Untuk SME, public data tu sebenarnya 70-80% dari apa yang anda perlukan. Tetapi jangan secara buta tuli over-trust AI output. Verify dengan:

  • Walk-in ke kedai pesaing (kalau physical bisnes)
  • Mystery shop product/service mereka sekali
  • Tanya customer anda yang juga pernah cuba produk @ perkhidmatan pesaing — ketahui kenapa mereka tukar ke produk @ perkhidmatan anda.

AI bagi anda starting point yang sangat advance berbanding pesaing anda. Tapi ia bukan alasan untuk anda tidak turun padang untuk mengesahkan data dari AI ni.

Action minggu ni

Pilih satu @ dua prompt dari 3 di atas — bukan semua sekali gus. Saya cadang Prompt 3 (Gap analysis) sebab ia paling bagus untuk anda take action: dapatkan complaint pesaing untuk terus jadi differentiation point kepada anda.

Pilih 1 pesaing yang paling dekat dengan persaingan kedai @ syarikat anda. Run prompt. Spend 20 minit verify output dengan check beberapa review sendiri. Pilih 1 gap yang clearly real. Address dalam marketing atau operations report anda dalam 2 minggu akan datang.

Adakah anda perlu compete pada semua dimensi sekaligus? Sebenarnya tidak. Anda hanya perlu compete pada satu dimensi yang paling tunjukkan kelemahan pesaing anda serta yang dapat tunjukkan customer mereka yang pernah rasa frustrated dengan produk @ perkhidmatan mereka.


Nak tahu markah SEO website anda — sebelum pelanggan (atau ChatGPT) tak jumpa anda?

Website cantik tak bermakna apa-apa kalau ia tak muncul dalam carian. Saya buat scan SEO percuma untuk website SME Malaysia: hantar URL + email, dan dalam 48 jam anda dapat 2 laporan PDF — skor SEO penuh /100 merentas 7 kategori, plus pelan tindakan konkrit (bukan teori). Termasuk semakan GEO: muncul ke website anda bila orang tanya ChatGPT? Nilai biasa RM 497 — untuk anda percuma, tiada pitch jualan.

Scan website saya — percuma →

Atau kalau anda lebih suka berbual dulu: saya ada 30-min discovery call percuma untuk kupas di mana AI boleh tolong bisnes anda. Tempah slot →

 

Leave a Reply