Cakna AI

Cara Build AI Diagnostic Tool sebagai Front-End Offer — Weekend Project untuk Agensi SME

Published: 15 Jun 2026 · Cakna AI


Owner agensi marketing di KL ada problem yang familiar: “Saya spend RM4,000/bulan pada Facebook ads. CTA saya ‘Book a Free Consultation’. Bulan lepas — 1,200 traffic, 11 bookings, 2 close. Conversion rate 0.9%. Pesaing saya ada ‘Free Website Audit dalam 5 minit’ — saya rasa dia close 5x lebih banyak.”

Sebenarnya, itu memang corak biasa sekarang. Calon prospek tak nak commit 30-minit call dengan stranger. Tetapi diorang sangup spend 3 minit untuk dapat audit yang useful. Jadi, persoalannya — kenapa anda masih offer “Book a Call” sebagai first touchpoint?

Alex Hormozi panggil ini “Salty Pretzel” — beri pretzel masin percuma, customer akan mahu air. Beri audit yang useful percuma, customer akan mahu implementation. Strategi ni bukan baru. Yang baru adalah anda boleh build versi automated dalam satu hujung minggu, dengan kos cents per laporan, terima kasih kepada Claude @ ChatGPT API.

Post ini adalah implementation guide untuk agensi @ consultant SME yang nak swap “Book a Call” CTA dengan automated AI diagnostic. Saya nak memperkenalkan workflow 5-langkah yang anda boleh selesaikan dalam hujung minggu.

Note: Kalau anda belum baca 3 Prompt AI untuk Audit Landing Page Bisnes Anda — pakai prompt-prompt dalam post tu sebagai diagnostic template anda. Saya akan refer balik ke prompt-prompt tu dalam Langkah 2 di bawah.

Apa itu AI diagnostic tool secara konkrit

Bukan generik chatbot. Sebenarnya, ia adalah sistem ringkas yang mengandungi tiga komponen iaitu: form input, prompt fixed yang dah refine, dan AI yang generate laporan personalized.

Flow tipikal:

  1. Prospek isi form 4-8 soalan tentang masalah dia (e.g., URL website, jenis bisnes, budget)
  2. Backend hantar input ke Claude API dengan prompt audit yang anda dah refine
  3. AI generate laporan 1-2 muka surat — strength, gap, recommendation
  4. Laporan dihantar ke email prospek dalam 3-5 minit + simpan ke CRM anda

Output dari pengguna: feel seperti consultant audit. Cost untuk anda: cents per report. Lead capture rate: realistic 3-5% (vs 0.5-1% untuk “Book a Call”).

Langkah 1: Pilih diagnostic yang anda sebenarnya boleh deliver

Adakah anda dah jelas apa anda nak audit untuk prospek? Ini step yang ramai terlepas pandang.

Jangan build “AI tool” generic. Build diagnostic yang spesifik untuk niche anda dan masalah utama prospek. Beberapa contoh konkret:

Bisnes anda Diagnostic yang sesuai
Web agency Landing page conversion audit (Above the Fold + CTA)
SEO consultant Quick SEO audit (title tags, meta, on-page basics)
Business coach Bottleneck identifier (5 soalan diagnostic + 1 recommendation)
Email marketing agency Cold email audit (anda paste 1 email, AI analyse)
F&B consultant Menu pricing diagnostic (anda upload menu PDF, AI flag pricing issue)

Decision rule: Diagnostic yang anda pilih kena overlap dengan service utama anda. Kalau anda close client dengan service A, jangan offer diagnostic untuk service B. Ini akan jadikan bridge dari diagnostic ke sale nanti susah.

Langkah 2: Refine prompt diagnostic anda

Ini langkah yang menentukan kualiti output. Prompt anda kena specific, structured, dan tested.

Kalau anda nak audit landing page sebagai diagnostic, pakai terus prompt yang saya share dalam Blog #241 — Prompt 1 (Above the Fold). Modify sikit untuk fit format output yang anda mahu deliver.

Workflow refining prompt anda:

  1. Tulis draft prompt awal (5-8 ayat: peranan + apa yang nak audit + format output + tone)
  2. Test pakai 3-5 input berbeza (kenakan URL/data prospek hipotetikal yang realistik)
  3. Baca output secara kritikal — apakah ia useful? Adakah ia rasa generic?
  4. Tweak prompt — tambah constraint, tukar format, expand example
  5. Test lagi 3-5 kali. Ulang sehingga 80% output rasa publishable

Pelaburan masa: 4-6 jam total untuk refine satu prompt yang work consistently. Ini sebahagian besar weekend project anda — jangan rush.

Langkah 3: Pilih tech stack ikut comfort level

Sekarang ni tengah ada beberapa cara build, ikut comfort anda dengan tech:

Level 1 — No-code (4-6 jam total)

Component Tool Cost/bulan
Form Tally @ Typeform Free–RM50
AI logic Make.com @ Zapier (Claude module) RM50–150
Email delivery Make.com built-in @ Gmail Inclusive
Total setup time 4-6 jam RM50-200/bulan

Sesuai untuk: solopreneur, agensi kecil yang baru nak test concept.

Level 2 — Light code (10-15 jam)

Component Tool Cost/bulan
Frontend Vercel @ Netlify (Next.js / static) Free tier cukup
AI logic Direct Claude API @ OpenAI API Pay-per-use
Email delivery Resend @ SendGrid Free tier
Total setup time 10-15 jam RM 0–50/bulan + API cost

Sesuai untuk: agensi yang ada developer (atau yang sanggup belajar Next.js asas).

Level 3 — Custom build (20+ jam)

Kalau anda nak fully custom UI, database integration, complex multi-step workflow — anda dah masuk territory yang perlu spec proper. Skip option ni untuk MVP weekend project.

Langkah 4: Setup form + API connection

Sekarang sambungkan parts. Saya akan tunjuk specifik untuk Level 1 (no-code), sebab itu pilihan paling realistik untuk weekend project.

  1. Setup Tally form: 4-6 soalan max. Field utama — Email (required), URL/info yang nak diaudit, 2-3 context questions (jenis bisnes, target customer, dll).
  2. Setup Make.com scenario:
    • Trigger: Tally form submission
    • Action 1: Format input jadi prompt (gunakan template prompt anda dari Langkah 2)
    • Action 2: Anthropic Claude module — hantar prompt, terima response
    • Action 3: Send email via Gmail @ Resend — format response sebagai HTML email
  3. Setup email template: Plain HTML, branded subtle, deliver content je. Tambah ayat akhir: “Reply email ni kalau anda nak audit yang lebih deep / implementation help.”
  4. Test end-to-end: Submit form 3-5 kali dengan input berbeza. Pastikan email sampai dalam 5 minit dan format clean.

Bottleneck biasanya: prompt yang inconsistent (output kadang rasa generic, kadang specific). Iterate prompt anda sehingga 80%+ output feel premium.

Langkah 5: Drive traffic + measure

Anda hanya perlu redirect existing paid ads + landing page anda ke offer baru. Tukar:

  • Sebelum: “Book Free Consultation” → kalendar
  • Selepas: “Get Free [Diagnostic Type] in 5 minutes” → form anda

Metrics yang anda perlu track minggu pertama:

Metric Target realistik
Form completion rate 30-50% (vs 5-10% untuk Book a Call form)
Email open rate (report) 70%+ (high intent — diorang request audit)
Reply rate (“nak audit deeper”) 5-15%
Booked consultation conversion 2-5% (jauh lebih tinggi sebab pre-qualified)

Selepas 2 minggu, anda akan sedar bahawa AI diagnostic memang lebih efisien untuk lead gen anda, atau ia sekadar additional channel yang co-exist dengan “Book a Call”. Pilih based on data, bukan secara buta tuli ikut framework Hormozi.

Cost realistic — bukan inflated marketing claims

Saya nak jujur tentang cost. Banyak content lain claim “10 sen per audit” tanpa breakdown — saya nak kupas:

API cost (Claude Haiku 4.5):

  • 1 audit biasanya guna 2,000-3,000 input tokens + 1,500-2,500 output tokens
  • Kos: approximately RM 0.05-0.15 per audit (hanya beberapa sen sahaja, tetapi kosnya varies)

Fixed monthly cost (Level 1 stack):

  • Tally Pro: RM 50
  • Make.com starter: RM 50
  • Email service: Free–RM 40
  • Total: RM 100-150/bulan untuk volume 500-1,000 audits/bulan

Variable cost example (100 audits/bulan):

  • API: RM 5-15
  • Fixed: RM 100-150
  • Total: RM 105-165 untuk 100 leads pre-qualified

Bandingkan dengan FB Ads: kalau anda spend RM 4,000 dapat 11 booking, kos per booking = RM 364. Kini, kalau diagnostic tool tambah 50 audit/bulan dengan 5 yang reply nak implementation = RM 22 per warm lead. Differential memang significant.

Reality check: bila workflow ni worth it dan bila ia tak worth it

Saya jujur — bukan semua SME perlu setup ni.

Berbaloi untuk build teknik ni kalau anda:

  • Agensi @ consultant yang charge RM 2,000+ per project (margin cukup untuk justify development time)
  • Dah ada paid traffic existing (RM 2,000+ sebulan) yang drive ke LP
  • Service anda involve “audit” atau “analysis” sebagai natural first step
  • Comfort dengan no-code tools (atau ada developer dalam team)

Skip kalau anda:

  • Service anda physical / location-based (kedai makan, salun) — diagnostic tak fit
  • Belum ada paid traffic — solve traffic problem dulu sebelum optimize conversion
  • Solo operator dengan capacity kurang dari 5 client baru sebulan — manual sales call cukup
  • Tak boleh commit weekend untuk MVP — sesetengah implementation worse than nothing

Action minggu ni

Adakah anda fit profile yang saya sebut atas? Kalau ya, jangan overthink. Workflow konkrit:

  1. Hari 1 (3-4 jam): Pilih satu diagnostic yang overlap dengan service utama anda. Tulis prompt draft. Test 5 kali.
  2. Hari 2 (4-6 jam): Refine prompt sehingga 80% output rasa premium. Setup Tally form + Make.com scenario.
  3. Minggu 2: Soft launch — replace CTA pada 1 landing page existing. Track metrics 2 minggu.

Anda hanya perlu satu hujung minggu fokus untuk siapkan MVP. Polish perlahan-lahan nanti.

Yang sebenarnya valuable bukan tool tu sendiri — tetapi shift mindset dari “minta book untuk meeting” kepada “beri value terlebih dulu” baru dapat hasil diinginkan. Inilah teknik pretzel masin Hormozi, dalam bentuk automated AI.


Nak tahu markah SEO website anda — sebelum pelanggan (atau ChatGPT) tak jumpa anda?

Website cantik tak bermakna apa-apa kalau ia tak muncul dalam carian. Saya buat scan SEO percuma untuk website SME Malaysia: hantar URL + email, dan dalam 48 jam anda dapat 2 laporan PDF — skor SEO penuh /100 merentas 7 kategori, plus pelan tindakan konkrit (bukan teori). Termasuk semakan GEO: muncul ke website anda bila orang tanya ChatGPT? Nilai biasa RM 497 — untuk anda percuma, tiada pitch jualan.

Scan website saya — percuma →

Atau kalau anda lebih suka berbual dulu: saya ada 30-min discovery call percuma untuk kupas di mana AI boleh tolong bisnes anda. Tempah slot →

Leave a Reply