
Cara Saya Pakai Claude Skills untuk Cakna AI — 2 yang Saya Pakai, 3 yang Saya Patut Set Up
Published: 5 Jun 2026 · Cakna AI
Sejak saya mula tulis blog untuk caknaai.com, saya berhenti satu tabiat buruk: copy-paste prompt yang sama setiap kali draft baru. Voice Cakna AI yang kena Hybrid, larangan em-dash overuse, struktur hook-storytelling-then-practitioner, footer credit pattern — semua ini bukan saya taip lagi dalam setiap chat. Saya simpan dalam Claude Skills, dan Claude tarik sendiri bila relevan.
Saya pakai Cowork desktop untuk projek Cakna AI ni. Berikut adalah 2 Skills yang saya betul-betul guna setiap hari, dan 3 lagi yang saya nampak potensi besar tapi belum set up. Tujuan post ni adalah untuk saya share honest version yang saya sendiri buat, bukan pretend macam n i saya master semua guna Claude.
Apa itu Skills — versi paling ringkas
Skill ialah folder kecil dengan fail markdown (.md) yang ada arahan untuk Claude. Bila anda chat dan benda yang anda tanya match dengan deskripsi skill, Claude auto-load skill tu dan ikut arahan dalamnya.
Saya tak nak bagi detail teknikal struktur fail (anda boleh check Anthropic docs). Yang penting: anda set up sekali, dia kekal. Tak perlu ulang prompt sama berulang-ulang.
2 Skills yang saya pakai setiap hari
1. Humanizer — saya pakai setiap draft blog
Skill humanizer ialah satu yang saya invoke pada setiap blog Cakna AI sebelum publish, termasuk post yang anda baca ni. Apa skill ni buat: scan teks untuk AI-cliche patterns (em-dash overuse, rule of three, “stagnasi kreativiti” type filler Melayu, inline-header bolds), kemudian rewrite ke nada lebih manusiawi.
Tanpa humanizer, draft saya sound macam consultant US yang baru belajar Bahasa Melayu. Dengan humanizer, ia ada irama Cakna AI yang konsisten merentas 8 blog post yang saya dah keluar setakat ini.
2. Brand-voice enforce — guard voice Cakna AI
Saya tetapkan brand guidelines Cakna AI dalam brand.md (larangan voice, struktur per-platform, terminologi). Skill brand-voice enforce read guideline ni dan flag bila content saya generate drift dari voice asal.
Contoh: kalau saya tulis “AI akan ubah hidup anda dalam 7 hari” (over-promise yang dilarang dalam guidelines), Skill ni akan reject sebelum saya sempat publish.
3 Skills yang saya patut set up tapi belum
Saya jujur — saya belum maksimumkan potential Skills. Berikut tiga yang saya identify boleh tukar produktiviti Cakna AI saya, tapi masih dalam to-do:
1. NotebookLM connector skill
Saya guna NotebookLM untuk research blog. Workflow ni manual sekarang — saya kena buka NotebookLM separately, generate artikel, copy paste ke Claude untuk kajian lanjut. Kalau ada Skill yang bridge Claude ke NotebookLM secara automatik, saya jimat 10-15 minit setiap blog.
2. PDF generator skill untuk client deliverable
Bila saya hantar proposal consult atau insight report kepada klien, saya manually format dalam Google Docs, export PDF. Dengan PDF skill yang saya pre-configure dengan template Cakna AI (logo, footer, voice), Claude boleh generate proposal end-to-end dari client brief.
Saya estimate ini boleh save 30-45 minit per client engagement.
3. Custom “Quote Generator” Skill — bina via Skill Creator
Untuk SME yang nak start: skill paling impact yang anda boleh bina ialah satu yang automate task berulang anda sendiri. Contoh use case yang saya nampak dari client interaction:
- F&B catering: terima inquiry email → Skill generate quote PDF dengan menu, pricing, T&C
- Printing service: client send brief → Skill output cost estimate + timeline
- Agensi creative: brief in → proposal template out
Skill Creator dalam Cowork bagi anda interview-style setup. Anda jawab soalan, dia bina Skill untuk anda. Saya plan nak record demo bina satu skill untuk audien Cakna AI dalam minggu depan.
Cara setup (versi ringkas)
Saya tak nak hands-on tutorial dalam blog ni sebab Anthropic UI selalunya update. Yang penting anda tahu:
- Dalam Claude desktop app (Cowork): pergi ke Settings → cari section Skills atau Capabilities
- Enable Code Execution dan File Creation (Skills perlu ini)
- Browse Directory untuk skill sedia ada, atau gunakan Skill Creator untuk bina sendiri
Detail step tersedia di claude.com/docs — saya rujuk situ daripada tulis tutorial yang lapuk dalam 2 bulan.
Satu nota security
Skills boleh execute code dalam komputer anda. Jadi:
- Skills rasmi dari Anthropic atau plugin marketplace official: safe untuk pakai
- Skills dari sumber pihak ketiga yang tak familiar: baca kod dia dulu. Kalau anda bukan technical, tunggu sampai ada review dari source yang anda trust
Saya pernah lihat satu sumber claim “1/3 daripada public Skills ada vulnerability” — saya cari verification dalam research dan tak jumpa data yang support claim itu. Jadi saya treat as cautionary tale yang tak verified. Yang sah: prinsip umum security — kalau anda tak faham apa Skill akan buat, jangan install dia ke akaun yang ada akses kepada bisnes data anda.
Action: pilih satu task berulang anda
Anda tak perlu master semua Skills. Anda perlu satu sahaja yang automate satu task yang paling memenatkan untuk anda.
Tanya diri: dalam minggu yang lepas, apa yang saya buat berulang-ulang dengan output yang hampir sama?
- Reply email pertanyaan ulang-ulang → bina Skill auto-draft email reply dengan voice anda
- Generate quote untuk service yang sama → bina Skill quote generator
- Tulis post FB ikut format tetap → bina Skill caption generator
Pilih satu. Buka Skill Creator dalam Claude. Spend 20 minit jawab soalan dia. Dapat satu Skill yang automate task tu untuk forever.
Anda tak perlu jadi “arkitek produktiviti AI”. Anda perlu stop ulang prompt sama untuk task yang sama. Skills tackle satu masalah ni. Kalau anda solve masalah ni, anda dapat jimst beberapa jam dalam seminggu dan anda juga dapat fokus pada kerja yang sememangnya produktif bisnes anda.
Nak tahu markah SEO website anda — sebelum pelanggan (atau ChatGPT) tak jumpa anda?
Website cantik tak bermakna apa-apa kalau ia tak muncul dalam carian. Saya buat scan SEO percuma untuk website SME Malaysia: hantar URL + email, dan dalam 48 jam anda dapat 2 laporan PDF — skor SEO penuh /100 merentas 7 kategori, plus pelan tindakan konkrit (bukan teori). Termasuk semakan GEO: muncul ke website anda bila orang tanya ChatGPT? Nilai biasa RM 497 — untuk anda percuma, tiada pitch jualan.
Atau kalau anda lebih suka berbual dulu: saya ada 30-min discovery call percuma untuk kupas di mana AI boleh tolong bisnes anda. Tempah slot →