
Stack AI Jun 2026 yang Viral — Audit Jujur untuk SME Malaysia
Published: 10 Jun 2026 · Cakna AI
Sekarang ni tengah viral “Stack AI Terbaik Jun 2026″dalam feed LinkedIn dan grup WhatsApp usahawan. Lima tools dicadang sebagai “must-have”: Hermes Agent, Claude Opus 4.8, GPT 5.5, Higgsfield, Perplexity. Jadi, untuk memastikan dakwaan ini benar, saya perlu verify setiap satu dakwaan ini. Semua lima tools memang real — bukan claim palsu macam blog Adobe-Claude Design yang saya pernah audit dulu. Tapi positioning untuk SME Malaysia sangat berbeza dari yang dipush oleh source. Tiga daripada lima ini overkill atau salah audience untuk majoriti pemilik bisnes 1-30 pekerja.
Jadi didalam post ini, saya sediakan audit honest tentang isu ini. Saya akan tunjukkan bagaimana tool berfungsi, siapa yang patut gunakan, dan berapakah kos realistik kalau anda nak commit sepenuhnya stack ini.
1. Hermes Agent — REAL, tapi bukan untuk SME tanpa IT team
Hermes Agent ialah open-source AI agent yang dibuat oleh Nous Research, dilancarkan pada Februari 2026. Realiti teknikal penggunannya:
- Self-hosted — anda perlu server sendiri, atau cloud instance seperti AWS/DigitalOcean
- Setup memerlukan Docker, SSH, atau setidaknya tools deployment seperti Daytona/Modal
- Tiada GUI polished untuk pengguna biasa — interact via terminal, atau messaging gateway (Telegram, Discord, Slack)
Untuk dev shop atau enterprise dengan IT engineer: tool ini memang powerful. Memori persistent merentas session, auto-build “skill files” dari task yang berjaya, malah boleh support 14+ messaging platforms.
Untuk SME Malaysia majoriti (kedai nasi ayam, e-commerce solo, agensi kecil): anda boleh skip je tool ni. Anda tak ada server. Anda tak nak debug Docker pada hari Ahad. Sumber asal yang push ini sebagai “easy CEO Digital” sangat tidak bertepatan dengan reality owner SME.
Verdict: Real tool, salah audience. Save untuk later kalau anda mula nak hire technical co-founder.
2. Claude Opus 4.8 — sudah saya cover, ulang ringkas
Saya dah tulis detail dalam blog Opus 4.8 (28 Mei 2026 release). Ringkas untuk SME:
- $20/bulan (≈ RM95) untuk Pro tier — sudah memadai
- Bagus untuk Bahasa Melayu natural, document work, plan & analisa
- Effort Levels (Low/Medium/High/XHigh/Max) untuk kawal kos token
Verdict untuk audit ini: Berbaloi untuk dilanggan kalau bisnes anda perlu untuk handle kerja dengan dokumen panjang atau perlukan brand voice yang konsisten.
3. GPT 5.5 — REAL, tapi pick one dengan Claude
OpenAI launch GPT 5.5 pada 23 April 2026. Real, modern, available di ChatGPT Plus/Pro dan API. Pricing API: $5 per 1M input, $30 per 1M output — hampir setara dengan Claude Opus 4.8 ($5/$25). ChatGPT Plus $20/bulan untuk consumer access.
Soalan untuk SME: adakah anda perlu langgan kedua-dua Claude dan ChatGPT pada satu masa?
Jawapan yang praktikal: tidak. Pick salah satu sahaja.
Dari hasil kajian saya sendiri (yang saya tulis dalam blog ChatGPT vs Claude):
- Claude lebih natural untuk melakukan task dalam Bahasa Melayu
- ChatGPT lebih bagus untuk data analysis + Microsoft 365 integration
- Quality output untuk task harian SME (caption, email, proposal) — beza marginal
Untuk SME yang fokus Malaysia + Bahasa Melayu: gunakan Claude. Untuk SME yang heavy Microsoft Office/Excel work: gunakan ChatGPT.
Verdict untuk audit ini: Pick salah satu sahaja. RM95/bulan untuk dua tool yang mempunyai fungsi yang hampir sama? — boleh tambah kos pembaziran untuk bisnes anda.
4. Higgsfield — real, niche untuk content/marketing-heavy SME
Higgsfield ialah platform image + video generation. Pricing tier: $25-$100/bulan ikut credit (≈ RM120-475). Real tool, saya selalu pakai untuk bina thumbnail Youtube channel Cakna AI.
Useful kalau bisnes anda:
- Generate banyak content visual setiap minggu (creator, agensi, e-commerce dengan banyak product shot)
- Tak mampu hire designer atau studio production
- Perlu cepat iterate variasi creative untuk testing
Tak useful kalau:
- Anda outsource graphic ke designer
- Visual content bukan core bisnes (cth: service business yang lebih bergantung pada word-of-mouth daripada IG)
- Anda guna Canva yang dah cukup untuk template asas
Verdict untuk audit ini: Niche tool. Worth untuk creator/agensi/visual-heavy e-commerce. Skip untuk service/F&B yang tak production banyak visual.
5. Perplexity Personal Computer — REAL, baru release Windows
Perplexity bermula sebagai search engine AI-powered. Sekarang berevolusi jadi orchestrator yang ada Personal Computer agent — boleh kawal desktop anda, edit fail lokal, browse web melalui Comet browser. Mac launch Mac 2026, Windows announcement 3 Jun 2026 (lima hari lepas).
Useful untuk SME yang:
- Banyak lakukan research market intelligence (tracker pesaing, monitoring trend, market sizing)
- Perlu kerja merentas multiple tools (sheets, email, web research) dalam satu workflow
- Sudah selesa pakai Perplexity Pro untuk search
Tapi ada overlap function dengan Claude Cowork:
- Cowork: folder-locked, baca fail lokal anda dalam folder spesifik
- Perplexity Personal Computer: lebih agentic — boleh kawal mouse/keyboard, browse web, control multiple apps
Verdict untuk audit ini: Worth try kalau anda dah max out Claude Cowork dan masih ada bottleneck research/orchestration. Pro tier $20/bulan (≈ RM95).
Math: kalau anda commit semua 5 tool
| Tool | RM/bulan |
|---|---|
| Hermes Agent (self-host basic VPS) | RM50-100 |
| Claude Pro | RM95 |
| ChatGPT Plus | RM95 |
| Higgsfield (Standard) | RM120 |
| Perplexity Pro | RM95 |
| Total | RM455-505/bulan |
Itu lebih daripada stack RM500 yang saya cadang dalam blog Tool Stack (yang ada NotebookLM free + Claude + Fathom + Zapier + Gamma untuk RM328/bulan).
Lebih bermasalah: stack 5-tool ini tiada free tier untuk anda testing. Jika anda commit RM455-500 sebulan hanya untuk discover separuh daripada tools ini akan jadi bebanan kepada bisnes anda.
Cadangan praktikal untuk SME
Pilih 2 dari 5, bukan semua 5.
Kombinasi 1: Foundation Stack (RM95-190/bulan)
- Claude Pro untuk semua text work
- (Optional) Higgsfield Standard kalau anda creator/agensi visual
Kombinasi 2: Power User Stack (RM190-285/bulan)
- Claude Pro untuk daily work
- Perplexity Pro untuk research/orchestration
- (Optional) Higgsfield kalau visual-heavy
Kombinasi 3: Tech-Forward Stack (RM50-200/bulan)
Untuk SME yang ada in-house developer atau technical founder:
- Hermes Agent self-hosted (free + RM50-100 VPS)
- Claude Pro untuk daily
Stack ini powerful tapi requires bandwidth teknikal yang majoriti SME tak ada.
Kalau anda baca article hype didalam post yang lain
Stack AI yang viral bawah dakwaan “must-have”, “AI Master”, “CEO Digital” — biasanya ditulis oleh content creator yang tak selalu guna semua tools yang mereka canangkan. Saya dah verify kesemua 5 tool yang viral ini, tetapi positioning dakwaan mereka bahawa tool ini dihasilkan “untuk semua orang” adalah tidak benar sepenuhnya.
jadi, apa yang anda perlu lakukan adalah. Pilih workflow mengikut keperluan bisnes anda sendiri, bukan mengikut secara buta tuli posting viral mengenai tool AI baru yang boleh meletupkan bisnes anda setiap masa. Pakai tool yang anda pakai consistently selama 6 bulan adalah lebih bernilai daripada langgan 5 tools minggu ini dan cancel langganan bulan depan.
Nak tahu markah SEO website anda — sebelum pelanggan (atau ChatGPT) tak jumpa anda?
Website cantik tak bermakna apa-apa kalau ia tak muncul dalam carian. Saya buat scan SEO percuma untuk website SME Malaysia: hantar URL + email, dan dalam 48 jam anda dapat 2 laporan PDF — skor SEO penuh /100 merentas 7 kategori, plus pelan tindakan konkrit (bukan teori). Termasuk semakan GEO: muncul ke website anda bila orang tanya ChatGPT? Nilai biasa RM 497 — untuk anda percuma, tiada pitch jualan.
Atau kalau anda lebih suka berbual dulu: saya ada 30-min discovery call percuma untuk kupas di mana AI boleh tolong bisnes anda. Tempah slot →