Cakna AI

Pernahkah anda minta Claude tuliskan satu pelan pemasaran atau kertas cadangan, dan hasilnya keluar begitu biasa-biasa sampai anda terpaksa tulis semula hampir kesemuanya dari awal? Saya panggil ini kerja “u-turn” — anda harap dapat jimat masa, tapi akhirnya terpaksa buat kerja dua kali.

Sebenarnya, masalah itu jarang datang dari kelemahan AI. Ia datang dari cara kita yang salah apabila mengemudi prompting AI. Apabila dilakukan dengan tidak proper, Claude cuba jadi “pembantu segera” yang nak tolong anda siap kerja cepat — jadi apabila prompt tidak diisi dengan jelas dalam arahan anda, Claude akan membuat andaian, bukannya hasil yang menepati keperluan bisnes anda. Jadi, untuk mendapat hasil yang menepati keinginan dan keperluan perniagaan anda, anda kena berhenti menganggap Claude sebagai mesin taip, dan mula kemudikannya seperti rakan kerja yang pintar.

Dalam post ini saya kongsi 5 teknik yang akan ubah Claude dari sekadar alat menjadi pembantu kepada alat yang betul-betul berguna untuk bisnes kecil kita.

Punca hasil prompt Claude jadi biasa-biasa

Akar masalahnya satu: jurang antara konteks yang diandaikan dan konteks yang dibekalkan. Bila anda taip “tuliskan saya pelan pemasaran”, Claude tak tahu pesaing anda siapa, bajet anda berapa, atau pelanggan anda macam mana — apabila ia berlaku, Claude hanya akan meneka, dan tekaan itulah yang jadi hasil yang biasa-biasa.

Perbezaan antara konteks yang diandaikan dan konteks yang dibekalkan ialah perbezaan antara draf yang anda padam dan draf yang anda hantar. Lima teknik di bawah semuanya menyelesaikan jurang ini dengan cara berbeza.

Teknik 1: Suruh Claude temu bual anda dulu

Kesilapan paling biasa ialah “one-shot prompting” — satu arahan, terus harap hasil sempurna. Sebaliknya, balikkan keadaan: suruh Claude tanya anda dulu.

Cuba arahan ini sebelum mula apa-apa projek:

“Temu bual saya tentang setiap aspek projek ini sebelum anda hasilkan apa-apa. Tanya satu soalan pada satu masa sehingga anda faham sepenuhnya apa yang saya perlukan.”

Claude akan mula tanya soalan spesifik — siapa pelanggan anda, apa yang berjaya bulan lepas, anda nak fokus jualan atau jimat kos. Selepas 10-15 soalan, ia akan miliki konteks lebih dalam terhadap bisnes anda seperti staf yang hadir mesyuarat taklimat. Inilah teknik tunggal yang paling banyak mengubah kualiti hasil yang terbina sehingga menjadi mantap.

Teknik 2: Semak dari 3 sudut pandang

Jangan hantar draf pertama Claude terus. Suruh ia semak kerjanya sendiri dari tiga sudut yang skeptikal — setiap satu ambil masa beberapa saat sahaja, tetapi ia selamatkan reputasi anda:

  • Sudut duit: “Semak cadangan ni macam orang yang jaga kewangan. Mana unjuran kos yang kabur, atau dakwaan untung yang tak disokong angka yang diberikan?”
  • Sudut pelanggan: “Baca maklumat ini seperti pelanggan saya. Ada ke tak bahasa yang terlalu teknikal, atau anda rasa macam templat ni terlalu biasa-biasa?”
  • Sudut risiko: “Cari jurang logik, andaian yang belum disahkan, dan garis masa yang tak realistik.”

Hasil yang memenuhi kriteria 3 sudut pandang ni akan menghasilkan output yang diyakini jelas dan tepat.

Teknik 3: Bina dokumen secara berfasa, bukan sekali gus

Minta dari AI dokumen yang ditulis secara panjang berjela yang dihasilkan dari 1 prompt sahaja sememangnya terbukti sebagai resipi untuk menghasilkan output lemah dan tidak berkualiti. Kualiti hasil hanya akan datang dari proses berfasa, di mana setiap peringkat perlu disahkan dulu sebelum diteruskan:

  1. Ringkasan (brief): minta Claude draf ringkasan dalam satu halaman — jelaskan objektif, audiens, struktur output yang ingin dibina. Kalau hasilnya tidak menepati keperluan anda, AI boleh betulkan dalam 2 minit sahaja. Bukannya terpaksa mula dari “square one” setelah menghabiskan banyak masa selepas 15 halaman kemudian.
  2. Penyelidikan: berdasarkan maklumat brief, kemudian suruh ia kumpul data yang diperlukan untuk analisis risiko dan peluang.
  3. Rangka: bina rangka seksyen demi seksyen. Menyemak rangka/outline 10 kali lebih pantas daripada menyemak draf penuh.
  4. Draf penuh: akhirnya barulah minta Claude tulis draf yang akhir, merujuk kepada ketiga-tiga fasa yang anda dah sahkan.

Teknik 4: Pecahkan projek besar untuk cari congestion yang tersembunyi

Bila sedang uruskan satu projek besar seperti buka outlet kedua atau pelancaran satu produk baharu, jangan terus lompat ke tugas yang nampak mendesak/perlu sahaja. Beri Claude skop penuh tentang perancangan itu dan minta ia kenal pasti:

  • Kebergantungan: perkara yang tak boleh berjalan sebelum perkara lain siap. Contohnya, anda mungkin terlepas pandang stok yang tak boleh masuk sebelum supplier sahkan lead time/masa menunggu stok untuk dihantar atau promosi tak boleh dilancarkan sebelum permit dari perbandaran siap sepenuhnya.
  • Tugas selari: lakukan kerja yang boleh jalan serentak untuk jimatkan masa.

Anda perlu kenal pasti congestion yang tersembunyi pada hari pertama, bukan di saat akhir. Tindakan ini akan menyelamatkan keseluruhan garis masa anda.

Teknik 5: Susun memori supaya tak ulang konteks

Setiap kali anda mula perbualan baharu dari kosong, anda perlu bayar “kos persediaan” 5-10 minit untuk terangkan semula siapa anda dan apa bisnes anda. Teknik kelima buang kos itu sepenuhnya.

Guna Claude Projects untuk muatkan konteks yang kekal seperti peranan anda, produk dan kedudukan pasaran, nada bahasa pilihan, dan nama pelanggan/rakan utama. Selepas itu, untuk laporan mingguan contohnya, anda hanya perlu “paste raw numbers” dan Claude akan terus hasilkan draf dalam format dan nada yang betul sebab ia sudah “kenal” anda.

Saya dah tulis cara untuk susun memori secara persisten dengan lengkap (siap dengan contoh 3 jenis SME) melalui post blog di sini. Memori inilah yang akan buat Teknik 1 hingga 4 berfungsi lebih pantas dan tepat.

Soalan lazim

Adakah saya perlu plan berbayar untuk guna teknik ni?
Empat teknik pertama boleh berfungsi pada plan percuma sahaja kerana ia cuma cara anda menyusun arahan. Manakala untuk teknik 5 (susun memori) perlukan Claude Projects, yang memerlukan anda memiliki pakej plan Pro.

Sama ke teknik ni untuk ChatGPT?
Prinsipnya sama — interogasi, semak berbilang sudut, dan bina berfasa berfungsi pada mana-mana AI yang bagus. Program untuk susun memori pula bergantung pada ciri “Projects” atau “Memory” platform masing-masing.

Mana satu patut saya mula?
Mula dengan Teknik 1. Ia paling mudah, dan boleh beri kesan paling besar secara serta-merta — anda boleh guna teknik ini esok pagi tanpa perlu setup apa-apa.


Nak tahu markah SEO website anda — sebelum pelanggan (atau ChatGPT) tak jumpa anda?

Website cantik tak bermakna apa-apa kalau ia tak muncul dalam carian. Saya buat scan SEO percuma untuk website SME Malaysia: hantar URL + email, dan dalam 48 jam anda dapat 2 laporan PDF — skor SEO penuh /100 merentas 7 kategori, plus pelan tindakan konkrit (bukan teori). Termasuk semakan GEO: muncul ke website anda bila orang tanya ChatGPT? Nilai biasa RM 497 — untuk anda percuma, tiada pitch jualan.

Scan website saya — percuma →

Atau kalau anda lebih suka berbual dulu: saya ada 30-min discovery call percuma untuk kupas di mana AI boleh tolong bisnes anda. Tempah slot →


Leave a Reply