
Rungutan yang paling kerap saya dengar daripada client SME bila mula guna AI berbunyi lebih kurang begini: “Setiap kali saya buka Claude, saya kena terangkan semula pasal bisnes saya dari mula. Nama kedai, menu, harga supplier, cara saya tulis caption — semua kena ulang. Penat.”
Saya faham betul perasaan itu, sebab minggu ini saya sendiri lalui sesuatu yang serupa. Saya pindahkan “ingatan/memory” satu projek dari satu aplikasi Claude ke satu lagi, dan tanpa fail ingatan itu, Claude jadi macam pekerja yang hilang ingatan — tiada konteks tentang kerja minggu lepas, tiada kesedaran tentang cara kerja saya. Jadi, saya terpaksa bina semula konteks itu dari awal.
Di situlah masuknya satu ciri yang ramai SME terlepas pandang: memori persisten. Inilah perbezaan antara AI yang anda kena ajar berulang kali, dan AI yang sudah kenal bisnes anda. Dalam post ini saya tak nak terangkan teori panjang — saya nak tunjuk 3 jenis SME sebenar dan apa yang mereka simpan dalam ingatan AI itu.
Apa sebenarnya “memori persisten” ini
Ringkasnya, memori persisten ialah ruang khas tempat Claude simpan fakta penting tentang projek anda secara kekal — bukan pakai-buang setiap sesi. Ia disimpan dalam satu fail arahan utama (namanya CLAUDE.md, bukan cloud.md seperti yang sesetengah artikel tersilap tulis) ditambah beberapa fail ingatan kecil.
Anda hanya perlu set sekali. Lepas itu, setiap kali anda buka projek, Claude baca fail itu terlebih dulu sebelum mula kerja. Anda boleh buka fail tersebut, baca, dan kemas kini sendiri — buang yang dah tak relevan, tambah yang baru.
Sebenarnya, ramai yang keliru sebab ada dua cara guna ciri ini. Saya jelaskan ringkas:
- Claude.ai Projects (dalam browser, plan Pro ~RM95/bulan) — ingatan disimpan di cloud / pelayan Claude. Boleh akses dari mana-mana peranti.
- Cowork desktop (aplikasi yang anda download) — ingatan disimpan dalam folder di komputer anda sendiri. Anda nampak fail itu terus melalui File Explorer, dan ada kawalan penuh.
Untuk kebanyakan SME, Projects dalam browser sudah memadai untuk mula. Saya pernah tulis perbandingan penuh antara Chat, Cowork dan Code untuk SME di sini — kali ini saya fokus pada satu perkara sahaja: apa yang patut anda simpan dalam ingatan AI itu.
Use case 1 — Kedai makan (F&B, 2 outlet)
Apa yang disimpan dalam memori: menu penuh dengan harga, senarai supplier dengan harga semasa, SOP buka/tutup kedai, dan nada caption media sosial yang anda suka.
Sebelum ini, setiap kali Pak Lan nak Claude tolong tulis caption promo, dia kena tampal semula menu dan harga. Kini, Claude sudah tahu — dia hanya taip “buat caption untuk promo set lunch hari Jumaat”, dan Claude terus guna harga berdasarkan ingatan yang sudah tersimpan dalam data memory.
Anggaran masa jimat: caption harian yang dulu ambil 20 minit (sebab kena susun semula maklumat) boleh turun ke kurang dari 5 minit. Dalam sebulan, itu lebih kurang 7-8 jam yang anda dapat balik untuk uruskan dapur — bukan angka kajian rasmi, tetapi anggaran realistik dari pola kerja yang saya selalu nampak.
Use case 2 — Agensi kreatif (perkhidmatan, 5 orang)
Apa yang disimpan dalam memori: nada suara / brand voice setiap client (Client A formal, Client B santai), templat proposal, dan format laporan bulanan retainer.
Inilah tempat memori persisten paling berbaloi. Sebuah agensi sangkut dengan masalah konsistensi — bila staf berbeza tulis untuk client yang sama, nada jadi lari. Dengan tersimpannya ingatan didalam brand voice untuk setiap client, Claude hasilkan draf yang konsisten tak kira siapa yang minta.
Berbaloi untuk setup ini kalau anda:
- Memiliki 3 client @ lebih dengan brand voice berbeza
- Hasilkan proposal guna struktur yang sama berulang kali
- Perlu menghasilkan content dalam jumlah yang tinggi setiap minggu
Kesannya pada penjimatan masa anda? Satu proposal yang dulu mengambil masa 2 jam untuk disiapkan, kini boleh disiapkan dalam masa lebih kurang 40 minit. Sebab Claude sudah pegang templat dan nada dalam ingatan. Anda hanya perlu isi butiran khusus client. Sekali lagi, ini adalah anggaran sahaja, hasilnya tak sama untuk setiap orang.
Use case 3 — E-commerce solo (kedai online)
Apa yang disimpan dalam memori: katalog produk dengan deskripsi, polisi pemulangan, dan soalan customer yang paling kerap (FAQ) dengan jawapan standard.
Untuk peniaga solo, masa ialah aset paling mahal. Dengan FAQ dan polisi dalam ingatan, Claude boleh draf jawapan customer secara konsisten — anda hanya perlu semak dan hantar, bukan taip dari mula setiap kali.
Bila 60-70% soalan customer memang berulang, balas inquiry yang dulu mengambil masa 1.5 jam sehari. Kini, masa yang dijimatkan boleh turun secara ketara — sebab draf jawapan dah siap, anda tinggal semak dan tekan untuk hantar.
Bonus: Scheduled Tasks — automasi berjadual (dengan satu syarat)
Selain ingatan, ada juga ciri Scheduled Tasks yang boleh jalankan tugasan rutin secara automatik — contohnya laporan jualan setiap Isnin pagi, atau ringkasan email masuk setiap petang.
Tetapi ada satu perbezaan yang anda kena tahu: kalau anda guna Cowork desktop, tugasan ini akan berjalan dari komputer anda — jadi peranti komputer anda mestilah sentiasa hidup pada waktu yang dijadualkan. Kalau anda guna Claude.ai Projects dalam browser, ia akan berjalan di dalam cloud tanpa perlu bergantung kepada komputer anda. Pilih ikut keperluan: kalau anda nak laporan jam 8 pagi tanpa risau komputer ON, guna versi cloud.
Cara mula (24 jam akan datang)
Anda tak perlu setup semua sekali gus. Mula perlahan-lahan:
- Buka satu projek dalam Claude (Pro plan, browser) untuk satu bahagian bisnes yang paling kerap anda ulang — biasanya content atau customer service.
- Tulis 5-10 baris fakta tetap dalam arahan projek: nama bisnes, produk/harga, nada yang anda suka, dan apa yang anda TAK nak (cth: jangan guna bahasa terlalu formal).
- Test seminggu. Setiap kali anda dapati Claude tersilap konteks, tambah baris baru dalam ingatan. Selepas seminggu, ingatan itu sudah cukup matang untuk jimatkan masa anda betul-betul.
Adakah anda dapat kenal pasti tugasan/kerja mana yang paling kerap anda ulang, dan patut didelegasikan kepada AI? Itulah perkara pertama yang patut masukkan kedalam memory projek anda.
Nak tahu markah SEO website anda — sebelum pelanggan (atau ChatGPT) tak jumpa anda?
Website cantik tak bermakna apa-apa kalau ia tak muncul dalam carian. Saya buat scan SEO percuma untuk website SME Malaysia: hantar URL + email, dan dalam 48 jam anda dapat 2 laporan PDF — skor SEO penuh /100 merentas 7 kategori, plus pelan tindakan konkrit (bukan teori). Termasuk semakan GEO: muncul ke website anda bila orang tanya ChatGPT? Nilai biasa RM 497 — untuk anda percuma, tiada pitch jualan.
Atau kalau anda lebih suka berbual dulu: saya ada 30-min discovery call percuma untuk kupas di mana AI boleh tolong bisnes anda. Tempah slot →
2 Responses