Cakna AI

Pernahkah anda belanjakan RM 300 untuk “Boost Post” di Facebook, tunggu seminggu, dan dapat balik… hampir tiada apa-apa pulangan? Anda hanya dapat beberapa like, satu dua mesej yang tak convert jadi jualan, dan bajet yang hangus begitu sahaja. Ramai pemilik SME yang saya jumpa telah lalui kitaran yang sama — tekan butang Boost, berharap pada nasib, dan ulang.

Sebenarnya, masalahnya bukan pada platform Fb. Masalahnya pada cara kita fikir tentang iklan. Alex Hormozi, salah seorang figura marketing paling berpengaruh sekarang ni, baru-baru ini kata sesuatu yang menarik: iklan tradisional yang menjerit “Beli sekarang!” sedang mati, sebab audiens sudah pandai mengesannya dan terus skip ads / scroll laju ke bawah.

Hormozi biasanya bercakap tentang sistem yang sangat besar dan canggih untuk diaplikasikan kedalam bisnes dia sendiri. Tapi saya tak nak anda bina semua itu — kebanyakannya memang tak relevan untuk SME Malaysia. Jadi dalam post ini, saya asingkan 3 prinsip teras yang anda boleh guna, dan tunjuk versi paling ringkas untuk bisnes kecil.

Prinsip 1: Iklan yang menang adalah iklan yang tak nampak macam iklan

Hormozi panggilnya “The Singularity” — titik di mana sempadan antara kandungan organik dan iklan berbayar terhapus sepenuhnya. Bunyinya teknikal, tetapi maksudnya mudah.

Anda fikir begini: platform macam Instagram dan Facebook sebenarnya tak suka iklan yang mengganggu. Pengguna buka aplikasi untuk tengok kandungan yang berguna atau menghiburkan, bukan untuk dimomokkan untuk membeli. Jadi apabila iklan anda kelihatan, berbunyi, dan terasa seperti kandungan yang bernilai @ bermanafaat, algoritma platform akan lebih suka untuk dipaparkan kepada pengguna mereka.

Untuk SME, ini bermakna satu perkara: berhenti buat “iklan” yang menjerit harga dan diskaun. Sebaliknya, hasilkan kandungan yang mengajar, menunjuk, atau menyelesaikan masalah pelanggan terlebih dulu — barulah jualan akan hadir secara semula jadi. Contohnya, kedai aircond yang buat video pendek “3 sebab bil elektrik anda naik mendadak” akan lebih dipercayai daripada yang hanya pos “Promo servis aircond RM 80!”.

Prinsip 2: Kira “Saves” dan “Follows”, bukan “Views”

Inilah peralihan paling berguna untuk SME. Ramai peniaga bangga bila video dapat 10,000 views, tetapi views sebenarnya metrik yang mengelirukan — ia cuma tunjuk berapa ramai yang lalu pada post iklan anda dan bukannya berapa ramai yang peduli pada kandungan iklan anda.

Penunjuk sebenar yang Hormozi guna adalah Saves (simpan) dan Follows. Sebabnya jelas: bila seseorang simpan pos anda, mereka kata “maklumat ini berguna untuk saya dan saya pasti nak rujuk balik nanti.” Itu isyarat nilai yang anda beri, jauh lebih kuat daripada sekadar tontonan.

Apa maknanya untuk anda? Daripada kejar video viral yang ramai tengok tapi tiada kesan, perhatikan kandungan mana yang orang simpan. Itu petunjuk kandungan yang betul-betul rapat dengan keperluan pelanggan — dan itulah calon terbaik untuk anda jadikan bahan promosi.

Prinsip 3: Promosikan apa yang sudah terbukti, bukan teka-teka

Inilah teknik yang mengubah cara Hormozi beriklan: dia tak lagi cipta iklan dari kosong dan harap ia berjaya. Sebaliknya, dia ambil kandungan organik yang sudah terbukti dapat banyak saves dan follows, baru tukarkan ia menjadi iklan berbayar.

Logiknya sangat kukuh. Kalau satu pos sudah membuktikan ia menarik perhatian secara percuma, ia ada peluang lebih tinggi untuk berjaya apabila anda membelanjakan duit untuk mempromosikannya. Anda buang strategi teka-teka, dan hanya promosikan strategi yang sudah menang.

Versi SIMPLE untuk SME (tanpa perlu sistem mahal)

Hormozi membina sistem AI yang besar — menarik data API dari Instagram, analisis video guna Gemini, jejak keuntungan guna alat khas, dan uji skrip pada “audiens sintetik”. Anda tak perlu semua itu. Berikut versi paling ringkas yang sesiapa pun boleh buat minggu ini:

  1. Buka Insights akaun Instagram atau Facebook bisnes anda.
  2. Susun pos 30 hari lepas ikut jumlah Saves, bukan Views atau Likes.
  3. Ambil 1-2 pos teratas — yang paling banyak disimpan orang.
  4. Boost yang itu sahaja, dengan bajet kecil dulu (cuba RM 50-100), dan biarkan ia berjalan selama seminggu.

Itu sahaja. Anda baru sahaja guna prinsip teras pemasaran ads Hormozi tanpa belanjakan sesen pun untuk akses sistem yang canggih.

Kalau anda nak guna AI sebagai pembantu di skala kecil, Claude atau ChatGPT boleh tolong jana 5-10 variasi hook (ayat pembuka) untuk satu pos yang sudah menang — anda pilih mana yang paling kena, bukan biar AI posting secara buta tuli.

Reality check yang jujur

Saya kena jujur tentang satu perkara. Hormozi sebut angka seperti pulangan iklan 12.43 kali ganda dan kos jualan turun dua pertiga. Itu dakwaan dari bisnes dia sendiri — sebuah operasi besar di Amerika dengan bajet dan pasukan yang jauh berbeza daripada kedai atau agensi kecil di Malaysia. Jangan jadikan angka itu sasaran anda.

Yang transferable adalah prinsipnya, bukan angkanya: beri nilai dulu, perhatikan Saves, dan promosikan yang sudah terbukti. Mulakan kecil, ukur pada badan sendiri, dan biarkan data bisnes anda yang bercakap.

Langkah pertama anda minggu ini

Buka Insights akaun anda, susun ikut Saves, dan kenal pasti satu pos yang orang paling banyak simpan. Adakah anda dapat lihat corak pemenang? Tentukan jenis kandungan apa yang pelanggan anda paling hargai dan paling banyak Saves? Mulakan di situ, secara perlahan-lahan. Fikir seperti kura-kura yang tahu keupayaan dan kekuatan dirinya sendiri. Akhirnya, kejayaan akan hadir walaupun mengambil masa.


Nak tahu markah SEO website anda — sebelum pelanggan (atau ChatGPT) tak jumpa anda?

Website cantik tak bermakna apa-apa kalau ia tak muncul dalam carian. Saya buat scan SEO percuma untuk website SME Malaysia: hantar URL + email, dan dalam 48 jam anda dapat 2 laporan PDF — skor SEO penuh /100 merentas 7 kategori, plus pelan tindakan konkrit (bukan teori). Termasuk semakan GEO: muncul ke website anda bila orang tanya ChatGPT? Nilai biasa RM 497 — untuk anda percuma, tiada pitch jualan.

Scan website saya — percuma →

Atau kalau anda lebih suka berbual dulu: saya ada 30-min discovery call percuma untuk kupas di mana AI boleh tolong bisnes anda. Tempah slot →


One Response

Leave a Reply