
Pernahkah anda habiskan sejam untuk memerah otak menulis satu hantaran LinkedIn. Selepas tekan “Post”, dan hasilnya dapat… sifar interaksi, sifar lead? Bagi ramai pemilik agensi dan penyedia servis B2B, LinkedIn terasa macam lubang hitam yang menyedut masa berharga tanpa memberi sebarang pulangan.
Sebelum kita teruskan, satu nota jujur untuk pembaca: post ini untuk anda yang menjual servis — agensi, konsultan, freelancer pro, penyedia B2B. Kalau bisnes anda kedai walk-in atau retail, pelanggan anda mungkin bukan di LinkedIn, dan masa anda lebih berbaloi di Facebook atau Instagram (saya dah tulis pasal metrik content yang betul untuk platform itu di sini).
Kenapa sistem LinkedIn mengenepikan content yang dimasukkan sekali-sekala
Ramai pengguna Linkdln telah berhenti membuat posting selepas dua tiga minggu memasukkan content dalam aplikasi ini tapi ters berhenti kerana “rasa seperti bercakap dengan dinding”. Sebenarnya mereka terlalu awal mengalah dan tersilap mengatur perancangan dalam memasukkan content didalam Linkdln. Sebenarnya, enam bulan pertama ialah fasa algoritma “menguji” anda — menilai sama ada anda pemain serius atau sekadar bunyi bising untuk sementara sahaja.
Jadi konsistensi dalam tempoh ini bukan sekadar mengajar pengguna untuk lebih disiplin. Ia juga merupakan proses untuk anda mengumpul data: format mana dari anda yang dapat sambutan, topik mana yang tak perform. Selepas anda nampak corak, barulah anda “double down” pada format posting yang berkesan. JIka anda tak komited dalam tempoh enam bulan pertama dalam memasukkan content secara disiplin, anda tak pernah kumpul data yang cukup untuk tahu posting mana yang perform @ tidak.
“How I”, bukan “How-to” — inilah moat yang AI tak boleh ceroboh
Kini dengan teknologi AI, ia dah boleh bantu orang untuk terbitkan content. Masalahnya, semua hantaran dari AI itu kini mempunyai nada yang sama. Ini yang perlu anda tahu: jika anda prompting tajuk content yang sama dengan orang lain melalui ChatGPT, anda akan mendapat hasil content yang sama kerana otak ChatGPT sama sahaja dimana-mana.
Jadi, berhenti hasilkan content “How-to” yang generik (“5 cara tingkatkan jualan”). Beralih kepada content “How I” — bagaimana anda selesaikan satu masalah sebenar, termasuk kegagalan dan keputusan yang anda buat untuk mengatasinya. Dalam dunia yang tepu dengan AI, pengalaman manusia sebenar ialah satu-satunya moat yang tak boleh ditiru. Ini sama dengan prinsip yang saya tekankan untuk Facebook dan Instagram: kita mahu hasilkan content yang orang nak simpan (Save) sebab ia betul-betul bermanafaat. Bukan content yang akan dilupakan selepas tiga saat membacanya.
Profil anda bukan resume — ia mesin penukaran
Kesilapan paling besar pengguna Linkedln adalah membina profil LinkedIn seperti resume digital. Sebenarnya profil berimpak berfungsi seperti landing page.
- Headline: guna formula jelas — “Saya bantu [audiens] capai [hasil] melalui [proses].” Bukan jawatan, tetapi hasil yang anda beri.
- Bahagian Featured = pintu keluar: jangan letakkan hantaran viral yang anda hasilkan di situ. Gunakannya untuk bawa audiens keluar dari LinkedIn ke aset milik anda sendiri seperti lead magnet, pendaftaran newsletter, atau pautan tempah panggilan untuk bisnes anda. LinkedIn boleh tukar algoritma bila-bila masa tetapi senarai email dan booking customer anda akan tetap kekal milik anda.
- Audit guna AI: muat naik PDF profil anda ke Claude atau Gemini, dan minta ia kenal pasti di mana headline lemah dan bahagian mana tak menjurus kepada memberi penghasilan kepada anda.
Formula pengagihan 70/20/10
Untuk bina autoriti didalam Linkedln tanpa mengabaikan pertumbuhan, bahagikan content anda kepada langkah-langkah ini:
- 70% Growth — content untuk capaian yang luas. Ulas berita industri terkini selagi ia masih hangat didalam Internet (cth model AI baharu yang sedang jadi perbualan). Tujuannya: supaya posting ini dapat dijumpai orang yang baharu.
- 20% Authority — buktikan kepakaran. Tunjuk rangka kerja sebenar yang anda guna untuk capai hasil, bukan teori umum. Inilah yang akan buat prospek percaya kepada anda.
- 10% Conversion — hantaran yang bawa kepada jualan melalui penceritaan. Tontonannya selalu paling rendah, tetapi ia kategori yang menjana pulangan tunai paling tinggi. Jangan tertipu dengan angka view.
AI sebagai “chef”, anda sebagai ketua tukang masak
Inilah bahagian yang paling relevan untuk pembaca Cakna AI. AI sepatutnya dapat tingkatkan kelajuan, bukannya ganti kesemua planning strategik anda. Ini adalah workflow ringkas yang anda boleh tiruvasikan:
- Claude untuk pertimbangan & penulisan: ambil satu newsletter atau nota panjang yang anda pernah hasilkan, dan minta Claude tukarkan ia kepada siri hantaran LinkedIn — dalam gaya bahasa anda sendiri. Sebab Claude boleh belajar untuk faham konteks bahasa yang mendalam. Malah, ia juga boleh kekalkan idea anda didalam petikan itu untuk dipecahka kepada beberapa hantaran. (Rahsianya: latih Claude dengan suara anda dulu, supaya ia dapat hasilkan output yang bukan generik.)
- Gemini untuk visual “stop the scroll”: jana grafik gaya papan putih (whiteboard) / lukisan tangan yang nampak authentic dan mendidik. Visual jenis ini biasanya selalu standout berbanding grafik korporat yang kaku.
Anda kekal sebagai ketua tukang masak: seperti menghasilkan idea, memberi sudut pandang, dan membuat keputusan akhir. Tugas AI hanyalah menjadi chef yang dapat masak dengan lebih laju.
Soalan lazim
Saya kena post setiap hari?
Tidak. Konsisten lebih penting daripada kekerapan. Posting 3 kali seminggu yang boleh konsisten selama enam bulan boleh mengalahkan posting setiap hari yang berhenti sekerat jalan setelah tiga minggu membuat posting.
LinkedIn relevan ke untuk bisnes Malaysia?
Bergantung pada pembeli anda. Kalau anda jual servis kepada bisnes lain (B2B, agensi, konsultan, korporat), jawapannya adalah “YA”. Kalau pelanggan anda adalah orang awam yang beli terus dari kedai @ online shop, fokus posting di Facebook/Instagram dulu.
Adakah guna AI untuk buat content boleh jadikan posting saya jadi terlampau generik?
Hanya kalau anda biar AI fikir dan 100% membinanya sendiri untuk menghasilkan posting itu. Tapi, bila AI dilatih dengan gaya fikir dan suara anda, ia akan mempercepat — bukan menggantikan — penghasilan content mengikut gaya bahasa anda.
Langkah pertama anda hari ini
Kemas kini satu perkara sahaja iaitu headline anda. Tukar dari jawatan (“Pengasas, Agensi X”) kepada hasil (“Saya bantu SME F&B tambah jualan melalui sistem AI”). Kemudian tukar pautan Featured anda kepada satu aset milik anda sendiri. Mula di situ, perlahan-lahan — sistem yang kecil tapi konsisten akan mengatasi posting letupan yang dihasilkan sekali-sekala yang kemudiannya berhenti separuh jalan. Kuncinya adalah disiplin dan konsisten!
Nak tahu markah SEO website anda — sebelum pelanggan (atau ChatGPT) tak jumpa anda?
Website cantik tak bermakna apa-apa kalau ia tak muncul dalam carian. Saya buat scan SEO percuma untuk website SME Malaysia: hantar URL + email, dan dalam 48 jam anda dapat 2 laporan PDF — skor SEO penuh /100 merentas 7 kategori, plus pelan tindakan konkrit (bukan teori). Termasuk semakan GEO: muncul ke website anda bila orang tanya ChatGPT? Nilai biasa RM 497 — untuk anda percuma, tiada pitch jualan.
Atau kalau anda lebih suka berbual dulu: saya ada 30-min discovery call percuma untuk kupas di mana AI boleh tolong bisnes anda. Tempah slot →