
3 Prompt AI untuk Audit Landing Page Bisnes Anda —
Framework Hormozi untuk SME
Published: 13 Jun 2026 · Cakna AI
Owner e-commerce kedai online di Subang tanya saya minggu lepas: “Saya spend RM3,000 sebulan pada Facebook ads. Traffic ke landing page tinggi, tetapi conversion cuma 0.8%. Kos untuk memperoleh di Fb customer makin meninggi sehingga break-even pun susah.”
Itu memang masalah klasik. Selalunya pemilik bisnes akan terus pump bajet iklan lebih banyak lagi, sangkut dalam kitaran perbelanjaan yang lebih tinggi untuk dapatkan jualan yang sama. Alex Hormozi panggil ini “baldi bocor” iaitu anda tuang air (traffic) ke dalam baldi (landing page) yang berlubang. Setiap duit tambahan yang anda spend pada iklan, akan menambah kebocoran kalau LP (Landing Page) anda tak efisien.
Jadi, masalah sebenar bukan pada iklan @ copywriting anda. Masalah sebenar adalah pada landing page anda. Dengan kemajuan AI sekarang ni, ada satu approach baru untuk anda memperbaiki LP anda iaitu dengan audit LP anda menggunakan framework Alex Hormozi dengan bantuan AI. Dalam masa 30 minit, anda akan sedar bahawa LP anda ada gap yang spesifik dan tahu apa yang perlu diperbaiki.
Dalam post ini, saya sediakan 3 prompt sedia-copy yang anda boleh paste ke Claude @ ChatGPT. Setiap satu prompt, akan cover satu strategi utama dalam framework Hormozi. Bermula dengan hanya memiilih 1 prompt mula minggu ini. Jangan gunakan ketiga-tiganya sekali gus.
Apa itu “framework Hormozi” secara ringkas
Alex Hormozi sememangnya terbukti berjaya membina dan menjual beberapa bisnes multi-million sebelum jadi educator. Sebenarnya, framework dia untuk landing page bukan teori akademik — ia hasil daripada testing ratusan LPs dia sendiri. Jadi, prinsip utama Hormozi tegaskan iaitu:
- Above the fold paling kritikal — 100% pelawat yang lihat bahagian ni, tetapi lebih dari 60% pengunjung tak akan scroll ke bawah untuk mengetahui lebih lanjut. Jadi mengikut framework Hormozi, anda perlu perlu fokus 80-90% usaha kreatif anda di bahagian ini.
- Value Equation untuk headline — masukkan 4 komponen eye-catching ini: Dream Outcome (hasil yang diterima), Likelihood of Success (% keberkesanan), Time Delay (masa yang diperlukan untuk mendapat hasil), Effort Required (usaha yang diperlukan untuk mendapat hasil yang diidamkan)
- Wall of Love untuk social proof — bukan testimoni text biasa, tetapi screenshot mesej + before/after + video yang dipaparkan secara melimpah didalam LP
- Risk reversal di bawah CTA — badges (jaminan wang dikembalikan, SSL, pemasangan pantas) untuk reduce anxiety saat klik
Untuk SME yang sebenarnya tak ada masa hire CRO (Conversion Rate Optimizatioan) consultant (yang charge RM5-15k/audit), AI boleh implement framework ni dengan kualiti yang memadai untuk skala bisnes anda. Hasilnya takkan sempurna macam hasil yang dilakukan oleh consultant senior, tetapi sudah cukup untuk identify 70-80% gap utama.
Prompt 1: Audit “Above the Fold” anda
Adakah anda dah pernah audit above-the-fold area LP anda secara sistematik? Kalau tidak, prompt ni paling tinggi ROI untuk dimulakan.
Template:
“Saya akan paste URL landing page bisnes saya. Sila audit bahagian above the fold (apa yang viewer nampak sebelum scroll) berdasarkan framework Alex Hormozi. Spesifik audit untuk:
- Headline — Adakah ia menghubungkan service saya kepada Dream Outcome customer? Apakah ia jawab soalan ‘so that…’ (supaya apa)?
- Sub-headline / value proposition — Adakah ia tunjuk Time Delay (hasil yang cepat) + Effort Required (mudah, tiada usaha X, tiada hasil untuk Y)?
- Hero image / video — Adakah ia tunjuk hasil akhir, atau cuma generic stock?
- CTA button — Adakah teks CTA action-oriented dan spesifik?
- Visual hierarchy — Apakah perkara pertama yang mata viewer akan tuju?
Untuk setiap satu, beri rating 1-10 + cadangan baik pulih spesifik untuk bisnes saya. URL: [PASTE URL ANDA]
Context bisnes saya: [JENIS BISNES, JENIS CUSTOMER, OFFER UTAMA]”
Output yang anda dapat: audit 5-section dengan rating + specific recommendation per section. Anda hanya perlu pilih 1-2 yang paling rendah rating untuk fix dulu.
Catatan: Claude @ ChatGPT versi web boleh access URL public. Kalau LP anda behind login atau dalam Shopify draft, screenshot je dan attach ke chat.
Prompt 2: Generate “Wall of Love” structure
Hormozi tegaskan: testimoni teks biasa dah tak cukup. Pelawat sekarang menjadi lebih skeptical secara default — mereka boleh assume testimoni text ada yang palsu. Wall of Love (himpunan screenshot mesej, before/after, video testimoni) memberi visual proof yang lebih sukar dipalsukan.
Kebanyakan SME ada banyak testimonials yang berserak di media sosial — di WhatsApp, Google review, comment FB, DM Instagram. Anda hanya perlu organize secara strategik.
Template:
“Saya ada testimonials customer berikut (paste teks raw mereka di bawah). Bantu saya organize secara strategik untuk Wall of Love section landing page saya:
- Categorize setiap testimoni mengikut objection yang ia counter (cth: ‘harga mahal’, ‘tak yakin hasil kerja’, ‘risau akan quality produk/perkhidmatan’, ‘takut kena scam’)
- Identify 5 testimoni paling kuat yang counter 5 objection berbeza
- Untuk setiap satu, cadangkan: jenis visual format paling impactful (screenshot mesej / before-after / video shoutout / customer photo + quote)
- Bagi struktur Wall of Love, tentukan dimanakah testimoni patut dipaparkan — berdasarkan pada jangkaan objection peringkat customer
Testimoni raw saya: [PASTE ALL TESTIMONIALS HERE]”
Output: testimoni yang dah categorized + recommendation visual format + placement strategy. Anda dapat blueprint structure yang specific untuk LP anda — bukan generic advice.
Catatan jujur: AI tak boleh bina visual screenshot anda. Anda hanya perlu collect screenshot sebenar dari customer + dapatkan permission untuk guna testimoni mereka. Tetapi prompt ni akan save masa anda berjam-jam lamanya. Ia juga akan membantu untuk memberikan lokasi terbaik untuk memasukkan testimoni di LP anda.
Prompt 3: Risk Reversal copy generator
Saat paling kritikal adalah apabila jari pelawat di atas butang CTA. Di situ anxiety muncul. “Macam mana kalau produk/perkhidmatan ini tak berhasil seperti yang diceritakan?” “Macam mana kalau saya menyesal dikemudian hari nanti?” Hormozi tegaskan risk reversal di sini boleh menambah conversion secara signifikan (Hormozi case studies cite ~30% lift dari simple badge addition, walaupun mileage anda bergantung pada context).
Template:
“Saya nak generate risk reversal copy untuk diletak tepat di bawah CTA button landing page saya. Bisnes saya: [JENIS], offer: [APA YANG ANDA JUAL], harga: [RM atau range].
Bagi saya:
- 5 jenis jaminan / badge yang sesuai untuk bisnes saya (cth: money-back, performance guarantee, SSL security, fast delivery, professional certification)
- Copy spesifik untuk setiap satu — pendek, scannable, confident (max 8 patah perkataan)
- Susunan visual — yang mana paling penting di paparan paling atas dan yang lebih kurang relevan di bawah
- Caveat / risk — jaminan mana yang patut saya elak kerana terlalu agresif untuk model bisnes saya (cth: ‘pulangan 100%’ kalau saya menjual training course, sebab orang boleh consume content dulu kemudian refund)
Output dalam format yang saya boleh terus copy-paste ke landing page saya untuk implement.”
Output: 5 badge dengan copy ready-to-use + visual hierarchy + caveat business model anda. Anda hanya perlu pilih 3 yang paling relevant dan deploy.
Reality check: bila workflow ni worth it dan bila tak worth it
Secara jujurnya — bukan semua SME perlu apply framework ini sekarang.
Framework ni worth untuk di audit ke LP kalau anda:
- Spend RM1,000+ sebulan pada paid ads (Facebook, Google) yang directly drive trafik ke landing page
- Conversion rate semasa ads anda di bawah 2% (industry average untuk e-commerce 2-3%, untuk service 5-10%)
- Dah ada minimum 100-200 traffic/bulan secara organik ke LP yang sama (data cukup untuk validate perubahan)
- Bisnes anda model: e-commerce, course/info-product, SaaS, atau service yang close transaction secara online
Skip kalau anda:
- Bisnes physical 100% walk-in (kedai makan, salun, gym) — LP optimization tak akan “move the needle” anda
- Drive traffic ke WhatsApp directly, bukan LP
- Lead generation manual via cold outreach (LP cuma jadi proof reference)
- Traffic organik ke LP kurang dari 100/bulan (tidak cukup data untuk validate apa-apa)
Untuk e-commerce solo @ agensi yang fit profile atas, audit 30-minit pakai 3 prompt ni boleh tunjuk 2-3 gap concrete yang anda boleh fix minggu yang sama. Kini, satu perubahan kecil (cth: headline rewrite) memang boleh add 10-30% conversion lift.
Action minggu ni
Adakah bisnes anda fit profile yang saya sebut atas? Kalau ya, jangan attempt semua 3 prompt sekali gus. Pilih 1 mengikut bottleneck utama anda:
- Traffic tinggi tetapi bounce rate awal tinggi → Prompt 1 (Above the Fold)
- Conversion sedang, customer sceptical, banyak DM tanya “trusted ke?” → Prompt 2 (Wall of Love)
- Customer reach CTA tetapi tak klik final → Prompt 3 (Risk Reversal)
Setelah seminggu test perubahan based on output prompt, anda akan sedar bahawa AI audit ni memang berbaloi untuk bisnes anda atau cuma extra noise. Pilih ikut data conversion sendiri, bukan secara buta tuli ikut framework yang viral.
Apa yang sebenarnya valuable bukan anda terus apply semua prinsip Hormozi sekaligus. Yang valuable adalah untuk identify gap tunggal yang telah menyebabkan perbelanjaan anda semakin tinggi untuk memberi conversion yang diinginkan. Kemudian, fix gap tu betul-betul.
Nak tahu markah SEO website anda — sebelum pelanggan (atau ChatGPT) tak jumpa anda?
Website cantik tak bermakna apa-apa kalau ia tak muncul dalam carian. Saya buat scan SEO percuma untuk website SME Malaysia: hantar URL + email, dan dalam 48 jam anda dapat 2 laporan PDF — skor SEO penuh /100 merentas 7 kategori, plus pelan tindakan konkrit (bukan teori). Termasuk semakan GEO: muncul ke website anda bila orang tanya ChatGPT? Nilai biasa RM 497 — untuk anda percuma, tiada pitch jualan.
Atau kalau anda lebih suka berbual dulu: saya ada 30-min discovery call percuma untuk kupas di mana AI boleh tolong bisnes anda. Tempah slot →
One Response