
Ramai pemilik bisnes yang saya jumpa sebenarnya seronok “bermain” dengan AI. Jana gambar cantik, cuba prompt viral yang nampak dalam TikTok, buat logo suka-suka. Semua itu memang menyeronokkan tapi alih-alih setiap hujung bulan, aliran tunai yang masuk tak berubah langsung. Masa yang sepatutnya diguna untuk menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi, habis pada benda yang tak menjana hasil.
Jadi ada satu jurang besar di sini: antara guna AI sebagai hobi, atau guna AI sebagai leverage yang betul-betul beli balik masa anda. Dalam post ini saya kupas empat langkah yang praktikal untuk merapatkan jurang itu khusus untuk realiti SME Malaysia, bukan untuk syarikat besar dengan pasukan penuh.
Langkah 1: Guna AI untuk kerja sebenar, bukan sekadar mainan
Peralihan pertama perlu berlaku dalam kepala anda, bukan dalam tool. “Kerja mainan” ialah tugasan cetek yang nampak produktif tapi tak menyentuh produktiviti. Ia umpama poster hiasan dan eksperimen tanpa tujuan jelas. “Kerja sebenar” pula ialah benda yang anda memang selalu elak sebab ia membosankan atau memakan masa: susun proposal, jawab pertanyaan pelanggan yang sama berulang kali, kemas data jualan.
Sebenarnya, di situlah pulangan sebenar dari penggunaan AI. Bukan pada kerja yang seronok, tetapi pada kerja berulang yang mencuri masa anda setiap minggu. Adakah anda betul-betul serahkan tugasan membosankan itu kepada AI, atau anda masih buat sendiri sambil AI cuma jadi hiasan? Soalan itu yang menentukan sama ada AI jadi kos atau jadi pelaburan untuk anda.
Langkah 2: Cari bottleneck anda dulu, sebelum beli apa-apa tool
Sebelum melabur dalam mana-mana tool AI, kenal pasti dulu di mana bisnes anda tersangkut. AI bukan penyelesaian ajaib untuk semua benda. Ia paling berkesan bila ditumpukan pada satu titik sesak (bottleneck) yang menghalang pertumbuhan perniagaan anda. Setiap bisnes bergerak atas rantaian yang sama:
- Attention — pasaran sedar anda wujud?
- Leads — mereka tinggalkan maklumat hubungan?
- Sales — ada perbualan yang bawa kepada jualan?
- Delivery — janji kepada pelanggan ditunaikan?
- Retention — pelanggan kekal dan beli lagi?
Cara cari bottleneck: tanya diri anda pada setiap peringkat — “kalau saya gandakan bahagian ini esok, pendapatan naik, atau ia cuma cipta masalah baru?” Kebanyakan SME tersangkut pada leads atau sales. Fokuskan AI di titik itu dulu untuk kesan paling besar, bukan taburkan merata-rata.
Contoh konkrit: kalau bottleneck anda sales, AI boleh bantu tapis pertanyaan yang serius berbanding yang cuma tanya-tanya, dan rangka mesej susulan yang peribadi supaya prospek tak terlepas. AI tak pernah letih atau rasa tertolak bila email tak dibalas. Tugasnya hanya untuk teruskan sistem yang anda bina secara konsisten. Saya dah tulis satu sistem lead engine penuh khas untuk pemilik agensi dan servis dalam post Sistem LinkedIn ini.
Satu nota jujur tentang tool AI ni: ada banyak tool automasi jualan di pasaran, dan sesetengahnya berubah nama atau tutup dalam masa setahun. Jangan terburu-buru langgan sebab nampak dalam satu video yang direkem oleh seorang influencer di sosial media. Sahkan dulu ia betul-betul fit dengan aliran kerja dan bajet anda — selalunya connector yang anda dah ada (Gmail, WhatsApp, Google Sheets) lebih dari cukup untuk bantu anda bermula.
Langkah 3: Kuasai peraturan 10/80/10 supaya kualiti kekal terjaga
Macam mana anda biarkan AI buat kerja berat tanpa hasilnya jadi biasa-biasa? Guna formula 10/80/10:
- 10% pertama (arah): Anda tetapkan hala tuju — konsep, strategi, dan yang paling penting, definition of done (standard yang dikira siap). Tanpa ini, AI hasilkan benda yang teknikalnya betul tapi tak kena dengan keperluan anda.
- 80% tengah (pelaksanaan): AI buat kerja berat — rangka draf, automasi, malah anda boleh arahkan ia semak kerjanya sendiri dari beberapa sudut sebelum serah kepada anda.
- 10% akhir (sentuhan): Anda beri sentuhan terakhir — pertimbangan strategik dan “jiwa” yang hanya anda sebagai pemilik boleh berikan.
Inti pattern ini: 80% kerja yang dilakukan AI sudah cukup bagus, kerana ia memulangkan masa untuk anda fokus pada 20% yang hanya boleh datang dari anda. Anda tak lepaskan kawalan; anda cuma berhenti buat kerja pertengahan yang membosankan itu sendiri.
Langkah 4: Kaedah “rakam-proses” untuk memindahkan kepakaran anda kepada AI
Ini langkah yang paling ramai terlepas pandang. Untuk AI betul-betul buat kerja macam anda, ia perlu tahu cara anda fikir — bukan sekadar arahan pendek. Kaedah rakam-proses menyelesaikan ini:
- Rakam tugasan anda. Guna rakaman skrin (cth Loom atau Zoom). Kongsi skrin dan bercakap sambil anda buat tugasan itu, supaya konteks pemikiran anda terrakam.
- Tukar ke teks. Pastikan rakaman itu ditranskripsi.
- Suapkan ke AI. Masukkan transkrip dan rakaman ke dalam AI yang boleh proses video, imej dan teks sekali (multimodal).
- Ulang tiga kali. Buat proses ini sekurang-kurangnya tiga kali untuk tugasan yang sama. Ini membolehkan AI mengenal pasti corak sebenar dalam cara anda bekerja, bukan sekadar satu contoh terpencil.
Buat ini untuk satu proses pada satu masa — mula dengan yang paling kerap anda ulang. Lama-kelamaan, anda bina satu perpustakaan sistem yang boleh jalan tanpa anda terlibat setiap kali. Ini rapat dengan cara memori dan Skills berfungsi dalam Claude; saya dah kupas asasnya dalam panduan lengkap Claude Cowork untuk SME.
Soalan lazim
Ini bermakna saya boleh jalankan bisnes tanpa pekerja langsung?
Tidak, dan saya tak nak janji begitu. Untuk kebanyakan SME, matlamat realistik ialah mengurangkan kerja berulang yang membosankan, bukan hapuskan semua kerja manusia. AI boleh beli balik masa anda supaya anda dan pasukan kecil anda boleh fokus pada kerja yang lebih beri pulangan tinggi kepada bisnes.
Saya patut mula dengan langkah mana?
Langkah 2 — cari bottleneck anda dulu. Tanpa tahu di mana anda tersangkut, anda akan mudah untuk terbeli tool yang AI tak selesaikan masalah sebenar anda.
Perlukah tool mahal untuk buat semua ini?
Tidak untuk peringkat awal ini. Rangka kerja ini fokus tentang cara berfikir, bukan untuk mencadangkan tool tertentu. Fokus pada connector asas yang anda mungkin dah guna sekarang (Gmail, WhatsApp, Google Sheets) sudah memadai untuk mulakan langkah pertama.
Langkah pertama anda minggu ini
Pilih satu tugasan membosankan yang anda ulang setiap minggu — yang anda memang selalu elak. Rakam diri anda buat tugasan itu sekali, transkripsi, dan suapkan ke AI. Itu sahaja. Jangan cuba automasi seluruh bisnes dalam satu hari. Beli balik masa anda untuk setiap satu tugasan pada satu masa. Itu cara terbaik untuk bina sistem yang kekal dan bukannya dengan terus melompat untuk menghasilkan “empayar automatik” AI serta-merta! Faham-faham?
📘 Baru: Ebook percuma 50 muka surat — semua asas dalam post ini (dan banyak lagi) disusun langkah demi langkah dalam AI untuk Bisnes Kecil: Dari Sifar Hingga Sistem. 16 bab, 19 template prompt, pelan 30 hari. Muat turun percuma →
Nak tahu markah SEO website anda — sebelum pelanggan (atau ChatGPT) tak jumpa anda?
Website cantik tak bermakna apa-apa kalau ia tak muncul dalam carian. Saya buat scan SEO percuma untuk website SME Malaysia: hantar URL + email, dan dalam 48 jam anda dapat 2 laporan PDF — skor SEO penuh /100 merentas 7 kategori, plus pelan tindakan konkrit (bukan teori). Termasuk semakan GEO: muncul ke website anda bila orang tanya ChatGPT? Nilai biasa RM 497 — untuk anda percuma, tiada pitch jualan.
Atau kalau anda lebih suka berbual dulu: saya ada 30-min discovery call percuma untuk kupas di mana AI boleh tolong bisnes anda. Tempah slot →