Skip to main content

Cakna AI

Kebanyakan orang guna Claude untuk satu benda sahaja: tanya soalan, dapat jawapan, tutup. Itu macam beli kereta tapi guna untuk duduk dalam garaj. Sebenarnya, Claude Cowork sudah berkembang jauh — dari sekadar “chatbot” kepada satu sistem yang boleh buat kerja untuk bisnes anda, bukan sekadar berbual tentang kerja.

Post ini panduan hub untuk SME Malaysia. Saya tak nak anda jadi power-user AI dengan mengusai 200 skill dalam seminggu — itu strategi yang tak realistik dan tak perlu untuk beginners. Sebaliknya, saya susun ciri-ciri teras mengikut turutan yang masuk akal, dan tunjukkan dari mana anda patut mula. Dalam panduan ini:

Claude Cowork untuk SME: bagaimanakah aplikasinya

Ringkasnya, ada tiga “mod” Claude. Chat (browser/mobile) untuk tanya-jawab dengan cepat. Cowork (aplikasi desktop) untuk kerja berulang dengan fail dan data tetap — ia boleh beroperasi pada komputer anda, boleh baca folder, dan boleh melaksanakan kerja automasi. Code adalah untuk developer apps.

Untuk kebanyakan SME, Cowork ialah titik manis: ia bagi anda 80% kuasa tanpa kerumitan developer. Anda guna Cowork bila anda ada kerja yang berulang setiap minggu (laporan, content, balasan customer) dengan data atau templat yang sama. Saya dah tulis perbandingan penuh tiga mod ini, dan cara pilih yang betul untuk bisnes anda, dalam panduan Chat vs Cowork vs Code.

Selepas anda faham cara Cowork bekerja, lima ciri di bawah ialah blok binaan yang perlu ada dalam sistem anda.

Skills — pakar yang khusus untuk kerja berulang

Pernah rasa penat menaip arahan panjang yang sama setiap kali? Itulah masalah yang dapat diselesaikan oleh Skills. Skill ialah satu set arahan yang anda boleh-guna-semula didalam Claude yang boleh beroperasi secara automatik apabila ia tugasan itu relevan dengan skills tersebut. Anda tetapkan “peraturan permainan” hanya sekali dengan memasukkan nada, format dan langkah didalam satu skill. Apabila ada tugasan yang sama, Claude akan terus melaksanakannya setiap kali tanpa perlu anda ulang arahan.

Contoh untuk SME/PKS: satu skill “jana caption promo” yang sudah tahu nada jenama anda, atau satu skill “susun laporan jualan” yang sudah tahu format untuk kerja itu. Bila anda beri tugasan, Claude bertindak sebagai orchestrator — ia pilih skill yang betul, panggil connector yang perlu, dan rujuk memori untuk memberikan hasil terbaik.

Jangan terpengaruh dengan cerita “saya ada 200 skill”. Untuk SME, mula dengan satu skills sahaja dulu iaitu proses kerja yang paling kerap anda ulang. Bina satu skills flow, guna sehingga mahir dalam masa seminggu. Kemudian, baru tambah untuk workflow kerja berulang yang lain. Saya dah kongsi cara saya guna Skills untuk Cakna AI sendiri, termasuk yang mana berbaloi untuk diguna dan yang tidak berbaloi, didalam post Claude Skills ini.

Memori persisten untuk konteks bisnes yang kekal

Skill tetapkan cara kerja; memori pula simpan konteks bisnes anda. Tanpa memori, setiap perbualan baharu bermula dari sifar — anda kena terangkan semula siapa anda, apa bisnes anda, siapa pelanggan anda. Itu akan memakan kos masa dan tenaga setiap kali melakukannya.

Dengan sistem memori yang persisten, Claude akan kekal “kenal” bisnes anda merentas sesi chat yang berbeza. Maklumat seperti nama kedai, produk, harga, nada dan pelanggan utama sudah ada dalam sistem memori. Untuk laporan mingguan, anda cuma masukkan data raw, kemudian ia akan terus mampu hasilkan draf dalam format yang betul. Ini juga akan buat Skills berfungsi dengan lebih tepat. Kerana dengan gabungan memori, skill kini ada konteks menghasilkan kerja yang lebih tepat dengan keperluan anda.

Saya dah tulis panduan penuh tentang cara membina memori yang persisten, dengan contoh tiga jenis SME (F&B, agensi, e-commerce), dalam post ini.

Scheduled Tasks — automasi berjadual

Kalau Skills ialah kepakaran dan memori ialah konteks, Scheduled Tasks ialah disiplin. Ini peralihan dari Claude sebagai “alat bantuan” kepada “pekerja yang jalan sendiri” — tugasan yang berjalan pada waktu ditetapkan tanpa anda tekan apa-apa.

Contoh praktikal untuk SME:

  • Ringkasan pagi: Claude tarik maklumat dari kalendar, email penting, dan berita industri. Kemudian, ia akan bina satu ringkasan penuh sebelum anda sampai di pejabat.
  • Laporan hujung hari: ia akan hasilkan rumusan aktiviti bisnes anda untuk hari itu dan akan berikan arahan prioriti tugasan untuk anda lakukan keesokan hari.
  • Imbasan pesaing secara mingguan: ia boleh kenal pasti jurang content antara anda dan pesaing serta ia akan berikan beberapa idea untuk menghasilkan content mengikut topik berdasarkan data dari maklumat sebenar.

Satu nota teknikal penting: kalau anda guna Cowork desktop, tugasan berjadual akan berjalan dari komputer anda — jadi, untuk memastikan tugasan berjadual ini beroperasi tanpa gagal, peranti ini kena perlu terus hidup pada waktu itu. Kalau anda guna Claude.ai Projects dalam browser, ia boleh berjalan di dalam cloud tanpa perlu bergantung kepada komputer anda. Jadi, anda perlu pilih mengikut keperluan anda.

Live Artifacts — dashboard masa nyata (advanced)

Inilah adalah ciri yang paling canggih, dan sejujurnya: ia lebih untuk pengguna yang advanced, bukannya untuk digunakan oleh bisnes SME yang baru mula (beginners). Live Artifacts ialah “mini web app” yang hidup didalam Claude. Ia adalah satu dashboard yang dapat menarik data terkini dari aplikasi anda (jualan, email, statistik kempen) ke satu skrin, dengan butang reload dan pin.

Ia berfungsi melalui connectors dan Zapier MCP, yang membolehkan Claude bukan sahaja boleh baca data tetapi buat tindakan (cari tugasan, cipta invois) merentas ribuan aplikasi. Ia adalah strategi yang boleh level up bisnes anda, tetapi tahap ini hanya praktikal untuk anda selepas asas anda sudah kukuh. Untuk firma 2-3 orang yang baru mula, satu skill dan satu tugasan berjadual sudah dapat memberi pulangan lebih besar daripada membina dashboard kompleks. Jadikan ini sebagai matlamat tahap seterusnya untuk anda dan bukannya langkah yang pertama.

Prompt yang betul supaya dapat hasilkan output yang bukan biasa-biasa

Semua ciri di atas bergantung pada satu perkara: cara anda mengarah Claude. Output yang biasa-biasa selalunya bukan kerana AI itu lemah, tetapi kerana arahan yang diberikan tak cukup konteks. Teknik yang paling mudah seperti menyuruh Claude temu bual anda terlebih dahulu tentang tugasan yang ingin anda hasilkan, atau semak draf dari beberapa sudut berbeza dapat mengubah kualiti yang dihasilkan secara mendadak — dan ia dapat membuat Skills serta memori anda berfungsi lebih tepat.

Saya dah kupas lima teknik prompt yang paling banyak dapat mengubah kualiti, khusus untuk SME, dalam post 5 teknik prompt ini. Kuasai strategi ini dulu sebelum bina sistem yang lebih besar.

Keselamatan data — settle perkara ini dulu sebelum mulakan langkah pertama

Sebelum anda automasi apa-apa yang menyentuh data sensitif — data pelanggan, kewangan, maklumat peribadi, pastikan anda selesaikan masalah keselamatan data dahulu. Bukan semua plan Claude sama: pada Pro/Max untuk kegunaan peribadi (sesuai untuk uruskan data bisnes anda sahaja). Manakala, untuk plan Team/Enterprise, lebih menjamin data untuk kegunaan komersial (sesuai untuk uruskan data pelanggan). Jadi jika anda berhasrat untuk membina data pelanggan, jangan ambil plan peribadi. Ambil plan Team/Enterprise.

Ini bukan isu teknikal semata — ia tanggungjawab anda di bawah PDPA. Saya kupas susunan yang betul (data dulu, baru automasi), dengan contoh firma perakaunan, dalam panduan keselamatan data AI ini.

Soalan lazim

Saya patut mula dengan ciri mana?
Mula dengan satu Skill untuk kerja yang paling kerap anda ulang, plus bina memori asas tentang bisnes anda. Itu sahaja sudah boleh beri kesan besar kepada bisnes anda. Scheduled Tasks dan Live Artifacts boleh dibina kemudian hari.

Perlukah saya tahu kod?
Tidak. Anda boleh “brain dump” sahaja maklumat kepada Claude. Beritahu Claude secara santai apa yang anda nak (“bina skill yang imbas email dan senaraikan invois belum bayar”), dan ia rangka skill itu untuk anda.

Berapa kos?
Asas (Skills, memori, prompt) berfungsi pada plan Pro (~RM95/bulan). Untuk data pelanggan yang sensitif atau untuk pasukan anda, naik ke plan Team. Live Artifacts/automasi lanjut, selalunya perlukan connector tambahan.

Adakah strategi ini untuk semua SME?
Tidak semestinya. Kalau kerja anda hanyalah ad-hoc setiap hari, Chat biasa sudah memadai. Sistem ini berbaloi bila anda ada kerja berulang yang jelas untuk diautomasikan.

Langkah pertama anda minggu ini

Jangan cuba bina semua sekali gus. Pilih satu kerja yang anda ulang setiap minggu, dan bina satu Skill untuknya. Tambah memori asas tentang bisnes anda. Guna seminggu, perhalusi, baru naik tahap. Sistem yang kecil tapi konsisten mengalahkan dashboard canggih yang anda tinggal separuh jalan.


📘 Baru: Ebook percuma 50 muka surat — semua asas dalam post ini (dan banyak lagi) disusun langkah demi langkah dalam AI untuk Bisnes Kecil: Dari Sifar Hingga Sistem. 16 bab, 19 template prompt, pelan 30 hari. Muat turun percuma →

Nak tahu markah SEO website anda — sebelum pelanggan (atau ChatGPT) tak jumpa anda?

Website cantik tak bermakna apa-apa kalau ia tak muncul dalam carian. Saya buat scan SEO percuma untuk website SME Malaysia: hantar URL + email, dan dalam 48 jam anda dapat 2 laporan PDF — skor SEO penuh /100 merentas 7 kategori, plus pelan tindakan konkrit (bukan teori). Termasuk semakan GEO: muncul ke website anda bila orang tanya ChatGPT? Nilai biasa RM 497 — untuk anda percuma, tiada pitch jualan.

Scan website saya — percuma →

Atau kalau anda lebih suka berbual dulu: saya ada 30-min discovery call percuma untuk kupas di mana AI boleh tolong bisnes anda. Tempah slot →


4 Responses

Leave a Reply