Cakna AI

Chat, Cowork, atau Code? Mode Claude Mana untuk SME Anda

Published: 8 Jun 2026 · Cakna AI


Soalan yang client SME tanya saya minggu lepas: “Saya buka aplikasi Claude, nampak ada Chat, Cowork, dan Code. Mana satu saya patut pakai?”

Jawapan dia jangka saya akan bagitau: “Pakai yang paling power.” Jawapan sebenar saya: “Pakai yang sesuai dengan apa anda buat.” Kebanyakan SME tidak akan pernah perlu Code — dan itu OK. Tujuan setiap mode berbeza. Pilih yang salah, anda akan rasa overwhelmed dan tinggalkan semua teknologi ini dalam dua minggu.

Berikut adalah decision matrix yang saya pakai untuk recommend client Cakna AI: tiga mode, beza setiap satu, dan jujur tentang siapa patut pakai apa.

3 mode Claude secara ringkas

Claude Chat (claude.ai dalam browser atau aplikasi mobile)

Antara muka chat biasa. Anda taip soalan, dia jawab. Conversation tamat = konteks lupa (kecuali anda dah enable Memory atau pakai Projects). Tiada akses ke fail lokal komputer. Tiada code execution.

Sesuai untuk: tanya soalan, generate content one-off, draft email atau caption, brainstorm idea.

Claude Cowork (aplikasi desktop, perlu download dari claude.com/download)

Ada Working Folder — anda set satu folder, Claude boleh baca, ubah, dan susun fail di dalamnya. Boleh execute kod ringkas dalam sandbox. Ada Skills (auto-load arahan tetap), Connectors (sambung ke Gmail, Calendar, Drive), Scheduled Tasks (run automatik pada masa tertentu).

Sesuai untuk: workflow berulang dengan dokumen/data tetap, content production dengan brand voice yang konsisten, automasi task admin.

Claude Code (terminal tool untuk developer)

Bekerja dari command line. Akses penuh kepada seluruh sistem komputer (bukan terhad ke satu folder macam Cowork). Boleh jalankan localhost server, install package, edit code project end-to-end.

Sesuai untuk: developer yang build aplikasi, infra automation, code-heavy workflow.

Decision matrix untuk SME

Saya pakai 4 soalan untuk recommend mode mana kepada client:

Soalan 1: Anda kerja dengan dokumen/data yang sama setiap hari?

Tidak (kerja anda adhoc, tiap hari topic baru) → Chat sudah cukup.

Ya (anda ada brand guide, P&L bulanan, customer list, SOP yang sama anda refer) → consider Cowork.

Soalan 2: Anda ada workflow berulang yang anda buat 2x atau lebih seminggu?

Tidak → Chat.

Ya (cth: setiap Isnin saya tulis newsletter, setiap kali ada inquiry saya draft quote dengan format sama) → Cowork worth setup.

Soalan 3: Anda tahu guna terminal/command line dan tulis code?

Tidak → Skip Code. Anda akan sakit kepala. Cowork sudah cukup powerful.

Ya, dan anda nak build aplikasi atau automate infrastructure → Code.

Soalan 4: Anda nak Claude run jadual tetap (cth setiap pagi generate laporan, setiap petang ringkaskan email masuk)?

Tidak → Chat atau Cowork ikut Soalan 1-2.

Ya → Cowork (ada Scheduled Tasks built-in).

Contoh konkrit untuk 3 jenis SME

Pemilik kedai nasi ayam (2 outlet, F&B):

  • Chat: caption FB harian, jawab DM customer ad-hoc, generate idea promo
  • Cowork: weekly inventory analysis dari spreadsheet jualan, monthly performance report dari data POS
  • Code: tak perlu, skip

Kesimpulan: Chat ($20 Pro) sudah cukup untuk start. Upgrade ke Cowork bila anda dah ada workflow report bulanan yang anda buat manual sekarang.

Owner agensi creative (5 orang, service):

  • Chat: brainstorm campaign idea, draft client email, generate caption variant
  • Cowork: client proposal generator (ada template + brand voice yang sama), weekly content production untuk multiple client, scheduled monthly retainer report
  • Code: kalau founder anda nak build internal CRM sendiri — consider. Kalau tidak, tak perlu.

Kesimpulan: Cowork worth setup dari awal sebab pattern berulang jelas (proposal, content batch, report).

Solo e-commerce (kedai online di Shopify):

  • Chat: tulis product description, draft email pemasaran, jawab customer inquiry
  • Cowork: automate weekly sales report dari Shopify export, sambung Gmail untuk shortlist email priority
  • Code: skip kecuali anda nak custom Shopify integration

Kesimpulan: Chat untuk start, naik ke Cowork bila revenue dah cukup justify $20/bulan lagi.

Kenapa majoriti SME stop di Cowork

Source artikel hype yang saya jumpa selalu push Claude Code sebagai “God Mode” — implies kalau anda tak pakai Code, anda lemah. Realiti SME berbeza.

Claude Code adalah developer tool. Kalau anda tak tahu apa itu Git, terminal commands, package management, anda akan spend 10 jam Google dan masih tak boleh execute task pertama. Cowork dah bagi anda 80% power Code dengan 10% complexity.

Yang sebenarnya unlock value untuk SME:

  • Working Folder Cowork — Claude boleh baca, edit, susun fail di folder anda. Untuk content production atau document management, ini game enough.
  • Skills — auto-load arahan tetap (brand voice, format tetap) tanpa anda ulang.
  • Scheduled Tasks — automasi jadual (laporan pagi, email summary petang).
  • Connectors — sambung Gmail, Calendar, Drive untuk akses data tanpa upload manual.

Kalau anda dah max out semua ini dan masih bottleneck, baru consider Code. Tapi 90% SME yang saya jumpa tak akan sampai ke titik tu sebelum 1-2 tahun consistent usage.

CoWork bukan setakat jawab — ia siapkan kerja

Ada satu perbezaan yang ramai SME tak perasan antara Chat dan CoWork. Chat ialah AI yang jawab soalan anda. CoWork pula ialah AI yang siapkan kerja anda sampai jadi — dari mula hingga akhir, terus dari komputer anda.

Maksudnya begini. Dalam Chat, anda tanya “macam mana nak susun laporan jualan?”, dan ia bagi anda langkah-langkah — anda kena buat sendiri. Dalam CoWork, anda letak fail data jualan dalam folder, beri satu arahan, dan ia hasilkan laporan itu siap. Anda tinggal semak. Itulah peralihan dari AI sebagai penasihat kepada AI sebagai rakan kerja / digital teammate.

Contoh konkrit yang saya guna sendiri: bila saya jalankan scan SEO percuma untuk website SME, CoWork yang baca data website, susun penemuan, dan siapkan draf laporan audit. Kerja yang dulu mengambil masa 2 jam, kini boleh disiapkan dalam kurang 30 minit. Saya cuma semak dan perhalusi sebelum hantar.

Tetapi ingat — ini berbaloi hanya untuk kerja berulang yang ada fail tetap (data, templat, garis panduan). Kalau kerja anda ad-hoc setiap hari, Chat masih memadai. Saya dah tulis cara CoWork ingat konteks bisnes anda secara kekal di sini, dan keupayaan ingatan itu berpasangan dengan keupayaan execution ini.

Cara mula (24 jam akan datang)

Kalau anda belum pakai apa-apa: sign up Claude di claude.ai, mula dengan Free tier untuk test sebulan.

Kalau anda dah pakai Chat dan rasa “ada moment saya nak Claude ingat konteks bisnes saya”: upgrade ke Pro ($20 ≈ RM95) dan test Projects + Memory dulu sebelum loncat ke Cowork.

Kalau anda dah pakai Pro dan ada workflow berulang yang anda buat secara manual sekarang: download Cowork dari claude.com/download. Setup satu folder bisnes, link ke 1-2 Connector (Gmail, Calendar), test dalam masa seminggu.

Kalau anda dah pakai Cowork dengan max setup dan rasa bottleneck: itulah masanya untuk consult samaada Claude Code worth investment, atau workflow anda perlu reshape sebelum scale.

Anda tak perlu rush. Stack yang stable dan anda kuasai lebih bernilai daripada stack 5-tier yang anda tinggal separuh jalan.


Nak tahu markah SEO website anda — sebelum pelanggan (atau ChatGPT) tak jumpa anda?

Website cantik tak bermakna apa-apa kalau ia tak muncul dalam carian. Saya buat scan SEO percuma untuk website SME Malaysia: hantar URL + email, dan dalam 48 jam anda dapat 2 laporan PDF — skor SEO penuh /100 merentas 7 kategori, plus pelan tindakan konkrit (bukan teori). Termasuk semakan GEO: muncul ke website anda bila orang tanya ChatGPT? Nilai biasa RM 497 — untuk anda percuma, tiada pitch jualan.

Scan website saya — percuma →

Atau kalau anda lebih suka berbual dulu: saya ada 30-min discovery call percuma untuk kupas di mana AI boleh tolong bisnes anda. Tempah slot →

 

One Response

Leave a Reply