
Published: Mei 2026 · Cakna AI
Anda dah pakai ChatGPT enam bulan. Mula-mula rasa hebat. Caption FB siap dalam 30 saat, draf email customer pun cepat. Tapi sejak beberapa minggu ini, output dia rasa “datar”. Setiap kali buka chat baru, kena re-explain bisnes anda dari awal. Suruh dia ekstrak data dari spreadsheet, separuh jalan dia lupa apa yang anda nak. Anda dengar pasal Claude. Ramai cakap ia lebih bagus, tapi lebih bagus macam mana sebenarnya?
Saya tested Claude selama beberapa minggu untuk projek Cakna AI sendiri, termasuk tulis blog post ini. Berikut adalah lima perbezaan praktikal yang relevan untuk SME, ditambah satu seksyen yang artikel hype US biasa elak: bila Claude tak perlu untuk bisnes anda.
1. Rakan kerja, bukan chatbot
ChatGPT direka utamanya untuk jawab soalan. Claude direka untuk siapkan kerja sehingga habis, macam tulis dokumen panjang atau bina prototaip dashboard.
Analogi yang saya pakai untuk client SME: ChatGPT macam pekerja yang anda kena spoon-feed setiap arahan (“buat ni, lepas tu buat itu”). Claude lebih dekat dengan pekerja yang faham konteks bisnes anda dan ambil initiative, tapi dalam batasan yang anda set.
Untuk pemilik bisnes yang sentiasa kehabisan masa, ini bukan soal teknikal. Soal berapa banyak kerja anda perlu hand-hold.
2. Projects + memori (tak perlu re-explain setiap kali)
ChatGPT free tier: chat baru bermaksud lupa semua. Anda kena upload semula brand guide, P&L, customer feedback. Setiap. Kali.
Claude ada feature Projects. Folder mana anda upload sekali, kemudian setiap chat dalam project tu, Claude dah ada konteks. Tambah lagi: memori merentas perbualan. Kalau saya cakap bulan lepas “Cakna AI guna voice Hybrid untuk blog”, bulan ini bila saya buka chat baru, dia masih ingat.
Untuk SME, ini valuable kalau anda ada brand guideline doc yang kerap kena reference, data financial atau customer yang berulang dipakai, atau operating procedures yang panjang. Kalau anda hanya generate caption sekali-sekala, feature ini overkill.
3. Artifacts: bina tools tanpa code
Anda taip “buatkan saya penjejak inventori untuk kedai nasi ayam saya”. Claude generate satu mini-app yang berjalan dalam tetingkap sebelah. Anda boleh edit dan export. ChatGPT ada Code Interpreter tapi tak ada output interactive sebegini.
Term yang dipakai di kalangan developer: vibe coding — bina sesuatu hanya dengan bercakap. Saya dah test bina kalkulator margin keuntungan untuk satu klien F&B dalam 12 minit. Dulu benda ni cost RM800-2000 untuk hire dev.
Caveat: Artifacts tak gantikan developer untuk benda kompleks. Tapi untuk internal tools macam dashboard atau kalkulator, ia berkesan.
4. Master Prompt: cara tanya yang betul
Pakar di Anthropic guna struktur prompt 5-elemen untuk dapat output berkualiti:
- Latar belakang: Saya pengasas startup teknologi
- Tugas: Bina strategi pemasaran digital untuk pelancaran app
- Sasaran: Pelabur peringkat awal dan pengguna Gen Z yang prihatin privasi
- Peraturan: Jawab dalam poin strategik. Elak bahasa korporat kaku
- Arahan khas: Sebelum jawab, tanya saya 5 soalan kritikal dulu
Elemen kelima yang paling powerful. Bila Claude tanya balik sebelum jawab, response dia jadi 3-4 kali lebih spesifik. Trik ini work dengan ChatGPT juga, tapi quality response Claude lebih konsisten.
Untuk SME: cuba sekali dengan brief campaign anda. Anda akan rasa beza nya tanpa perlu baca buku prompt engineering 200 muka surat.
5. Cowork: akses fail lokal komputer anda
Cowork adalah desktop app yang bagi Claude akses folder spesifik di komputer anda. Bukan upload satu-satu. Anda set folder, dia boleh baca, ubah, dan susun fail di dalamnya.
Kegunaan SME yang saya dah test:
- Kompile laporan bulanan dari 20 spreadsheet jualan harian
- Kategori-kan ratusan invoice PDF jadi folder mengikut bulan
- Generate carousel IG dari draft text yang ada dalam folder content
Penting: ia operasi dalam folder yang anda tetapkan sahaja, bukan akses keseluruhan PC. Lebih selamat dari agent AI yang ambil kawalan penuh.
Cowork keluar untuk Mac dulu, kemudian sambung ke Windows pada Februari 2026. Sekarang kedua-dua platform support penuh.
Reality check: bila ChatGPT (atau AI lain) sebenarnya dah cukup
Ini seksyen yang ramai pemasar AI elak. Tak semua SME perlu tukar, dan saya nak jujur tentang itu.
Anda boleh stay dengan ChatGPT (atau free tier mana-mana AI) kalau use case anda majoriti draf caption FB/IG dan terjemah ringkas, anda guna kurang dari 20 message sehari, bisnes anda tak ada banyak dokumen yang perlu referenced berulang, dan anda solo tanpa team yang share workflow AI.
Anda mungkin perlu pakai chatbot khusus, bukan Claude atau ChatGPT, kalau use case utama anda balas DM customer di WhatsApp 24/7. Untuk kes ni, Manychat, n8n + LLM API, atau WhatsApp Business automation lebih sesuai berbanding chat AI umum.
Claude worth investasi kalau anda kerja dengan dokumen panjang setiap minggu (proposal, SOP, laporan), nak build internal tools tapi tak ada bajet developer, ada banyak fail lokal yang perlu sorted, atau tulis content yang perlu Bahasa Melayu natural (Claude lebih kuat dari ChatGPT dalam ini, dari ujian saya sendiri).
Pricing yang sebenar untuk SME Malaysia
Anggaran kasar 1 USD = RM4.75 (semak rate semasa anda check):
| Pelan | USD/bulan | RM/bulan | Sesuai untuk |
|---|---|---|---|
| Free | $0 | RM0 | Try dulu sebelum bayar |
| Pro | $20 | ~RM95 | Solo atau 1-2 orang power user |
| Max 5x | $100 | ~RM475 | Banyak workflow, akses Opus lebih kerap |
| Max 20x | $200 | ~RM950 | Heavy use, agensi, multi-project paralel |
Untuk majoriti SME yang baru explore: Pro $20 cukup untuk 3-6 bulan pertama. Upgrade hanya bila anda kerap nampak “you’ve reached your limit” mesej.
Yang patut anda elak: terus loncat ke Max 20x sebab YouTuber US cakap “best plan”. Mereka power user yang guna AI 8 jam sehari. Anda mungkin 1 jam sehari.
Cara test dalam 7 hari tanpa burn duit
Hari 1: sign up Claude Pro ($20). Cancel anytime, Anthropic tak lock anda.
Hari 2 hingga 3: upload satu dokumen yang anda biasa refer (brand guide, P&L sebulan, atau SOP customer service) ke satu Project baru. Test tanya soalan yang biasanya anda kena explain dari awal.
Hari 4 hingga 5: test Artifacts. Bina satu mini-tool, contohnya kalkulator markup atau form feedback ringkas.
Hari 6 hingga 7: install Cowork desktop app dari claude.com/download. Sambung satu folder bisnes (taklah folder rahsia). Suruh Claude susun atau analisa.
Lepas seminggu, anda akan tahu. Bukan ikut review YouTube US, tapi ikut workflow anda sendiri.
Nak tahu markah SEO website anda — sebelum pelanggan (atau ChatGPT) tak jumpa anda?
Website cantik tak bermakna apa-apa kalau ia tak muncul dalam carian. Saya buat scan SEO percuma untuk website SME Malaysia: hantar URL + email, dan dalam 48 jam anda dapat 2 laporan PDF — skor SEO penuh /100 merentas 7 kategori, plus pelan tindakan konkrit (bukan teori). Termasuk semakan GEO: muncul ke website anda bila orang tanya ChatGPT? Nilai biasa RM 497 — untuk anda percuma, tiada pitch jualan.
Atau kalau anda lebih suka berbual dulu: saya ada 30-min discovery call percuma untuk kupas di mana AI boleh tolong bisnes anda. Tempah slot →
One Response