
Published: 28 Mei 2026 · Cakna AI
Hari ini, 28 Mei 2026, Anthropic lancar Claude Opus 4.8. Ramai content creator US dah upload “review” dalam 2 jam selepas launch. Kebanyakan: hype overdrive, statistik tanpa konteks, dan satu atau dua claim yang saya semak tak match dokumentasi rasmi Anthropic.
Sebelum anda upgrade workflow atau tukar plan, baca ini dulu. Saya breakdown apa yang benar-benar baru, apa yang relevan untuk SME, dan satu claim daripada review yang saya jumpa tak betul. Saya belum test 4.8 sendiri secara mendalam — ini analisa dokumentasi rasmi + verifikasi cross-source, bukan field test panjang.
Apa yang baru (rasmi dari Anthropic)
Opus 4.8 ialah sambungan kepada 4.7, dengan harga API yang sama: $5 input dan $25 output per million tokens. Tambah baik dalam tiga bidang utama:
- Coding score naik dari 64.3% ke 69.2% pada benchmark agentic coding
- Knowledge work dari 1753 ke 1890
- Honesty — model lebih kerap flag uncertainty dan kurang buat unsupported claims, mengikut Anthropic punya words
Untuk konteks praktikal: kalau anda guna Claude untuk plan campaign, draft proposal, atau analisa data, kemungkinan output anda akan lebih berani cakap “saya tak yakin” dan kurang nampak “siap” padahal belum. Bukan glamor, tapi penting kalau anda delegate kerja yang anda nak pastikan accurate.
Effort Levels — kawalan baru di tangan anda
Ini feature paling besar untuk power user. Sekarang anda boleh select berapa “effort” Claude letak dalam setiap respons. Lima tahap rasmi:
- Low — laju, conservative dengan token, untuk soalan ringkas
- Medium — balance untuk task harian
- High (default) — quality + masa yang munasabah
- XHigh (Extra High) — coding lanjutan, agentic tasks yang perlu extended exploration
- Max — paling thorough, deepest analysis, no constraints
Catatan honest: satu review yang saya temui dan telah saya semak ada sebut “6th tier — Ultra Code = XHigh + Dynamic Workflows”. Saya tak jumpa “Ultra Code” dalam dokumentasi rasmi Anthropic. Lima tier sahaja yang confirmed. Hati-hati dengan claim “feature unik” daripada review yang tak match Anthropic docs — verify sebelum percaya.
Untuk SME: kalau anda guna Claude untuk task ringkas (caption FB, terjemah), set Low untuk jimat token. Untuk decision penting (analisa bajet, strategi market entry), Max worth extra cost.
Dynamic Workflows — relevant kalau anda guna Claude Code
Feature baru di Claude Code: Dynamic Workflows boleh handle tugasan besar dengan plan + run ratusan parallel subagents dalam satu session. Setara dengan agent autonomy yang sebelum ini kena setup manually.
Caveat:
- Hanya available di Claude Code (developer tool), bukan Claude chat biasa
- “Research preview” status, Anthropic boleh ubah cara ia bekerja
- Untuk SME bukan technical: skip dulu, tunggu mature
Fast mode 3x lebih murah
Fast mode di Claude Code sekarang $10 input dan $50 output per million tokens, kira-kira separuh harga dari Opus 4.7 punya fast mode. 2.5x kelajuan biasa.
Untuk SME yang guna Claude Code auto-jalankan task tertentu: fast mode worth — bayar separuh dari sebelum ni.
Mythos teaser — apa ini?
Anthropic tease model class baru bernama “Mythos” yang sedang dalam testing tertutup. Dokumentasi rasmi sebut Opus 4.8 mencapai “alignment level mendekati Mythos”, tapi detail kes guna spesifik tak ada lagi.
Catatan honest: satu review saya jumpa kata Mythos ditest secara terhad untuk “kerja keselamatan siber”. Saya tak jumpa confirmation rasmi tentang use case ini setakat artikel ini ditulis. Anggap teaser sahaja sehingga Anthropic publish full announcement.
Strategi prompting yang work lebih bagus dengan 4.8
Satu insight berguna dari dokumentasi best practices Opus 4.8: bagi “sebab” di sebalik arahan, bukan sekadar arahan negatif.
Cara lama: “Jangan guna em-dash.”
Cara yang lebih konsisten dengan 4.8: “Saya tak guna em-dash dalam penulisan saya. Elakkan ia supaya gaya saya kekal konsisten.”
Model lebih konsisten ikut arahan apabila ia faham logic di sebalik arahan tu. Trick ini work juga dengan 4.7, tapi 4.8 lebih responsive padanya. Untuk anda yang dah baca blog “6 Feature Claude” saya tentang teknik TCCA, ini tambah satu element kepada “Context” — bukan saja apa konteks bisnes, tapi why anda nak gaya tertentu.
Should SME upgrade workflow?
Reality check.
Kalau anda dah pakai Claude Pro/Max untuk document work (proposal, SOP, analisa): Update automatically jadi 4.8 di Claude.ai. Tiada kerja extra anda perlu buat. Kualiti naik sendiri.
Kalau anda guna Claude Code: Worth update, sebab Dynamic Workflows + fast mode lebih murah. Effort levels bagi anda kawalan kos pula.
Kalau anda guna API integration: 4.8 endpoint dah live. Sama harga. Update model name dalam code anda.
Kalau anda baru nak start dengan Claude: Pro $20 sebulan untuk 4.8 sama value dengan 4.7 punya release. Sign up, jangan tunggu version 4.9.
Kalau anda jenis “tunggu setiap version lalu baru decide”: Anda akan tunggu selama-lamanya. Anthropic release update tetap setiap 3-6 bulan. Strategi yang lebih bagus: pilih satu use case kritikal untuk bisnes anda, test setiap version dengan task itu, ukur quality output. Versi mana yang lulus, anda guna.
Nak tahu markah SEO website anda — sebelum pelanggan (atau ChatGPT) tak jumpa anda?
Website cantik tak bermakna apa-apa kalau ia tak muncul dalam carian. Saya buat scan SEO percuma untuk website SME Malaysia: hantar URL + email, dan dalam 48 jam anda dapat 2 laporan PDF — skor SEO penuh /100 merentas 7 kategori, plus pelan tindakan konkrit (bukan teori). Termasuk semakan GEO: muncul ke website anda bila orang tanya ChatGPT? Nilai biasa RM 497 — untuk anda percuma, tiada pitch jualan.
Atau kalau anda lebih suka berbual dulu: saya ada 30-min discovery call percuma untuk kupas di mana AI boleh tolong bisnes anda. Tempah slot →
One Response