
Published: 30 Mei 2026 · Cakna AI
Minggu ni saya terjumpa satu article tentang “15 AI tools untuk empayar juta ringgit” yang muncul dalam feed saya. Jadi hasil pembacaan saya ni saya jadikan source untuk artikel blog untuk hari ini. 15 tool. Banyak info yang useful, tapi jika anda subscribe kesemua 15 tool ini, total subscription kalau anda guna semua: anggaran RM950-1,900 sebulan. Untuk pemilik SME Malaysia yang sensitif pada kos ni, ia menjadi realistik untuk strategi kita.
Jadi saya filter 5 dari 15 tool yang sebenarnya berbaloi untuk SME tempatan guna dengan budget bawah RM500/bulan. Plus saya akan terangkan kenapa saya skip 10 tool lain tu.
5 Tool yang saya Recommend
1. NotebookLM (free) — research dan analisa dokumen
URL: notebooklm.google.com
Apa ia buat: anda upload sources (PDF, dokumen, URL YouTube), NotebookLM baca, ekstrak insight, hasilkan summary atau Q&A interactive. Saya pakai untuk research blog Cakna AI dan analisa video kompetitor.
Untuk SME: kalau anda kerap baca laporan industri, PDF panjang, atau nak ekstrak insight dari banyak source — ini tool paling under-utilized dalam stack AI. Dan ia free!
Caveat: belum support Bahasa Melayu sebagai output utama secara optimal. Output English masih lebih clean. Tapi untuk consume content English dan terjemah insight ke ringkasan Melayu, masih useful.
2. Claude Pro ($20/bulan ≈ RM95) — kerja AI utama
URL: claude.ai
Saya dah explain detail dalam blog ChatGPT vs Claude saya. Ringkas: Claude lebih kuat untuk Bahasa Melayu natural, document work, dan task yang perlu nuance. Pro tier bagi anda Memory, Projects, Artifacts, dan akses Opus 4.8 (release 2 hari lepas).
Untuk SME: kalau anda nak satu AI sebagai workhorse untuk semua task (tulis, analisa, summarize, generate idea), Claude Pro lebih sesuai dari ChatGPT untuk audien Malaysia. Anda boleh start Free dulu untuk test.
3. Fathom (free tier ada, $19/bulan ≈ RM90 untuk paid) — meeting transcription
URL: fathom.video
Apa ia buat: record meeting (Zoom, Google Meet, Teams), generate transcript + ringkasan + action items secara automatik. Free tier cukup untuk volume rendah.
Untuk SME, terutama agensi atau konsultan yang ada client calls regularly: berhenti menulis nota meeting manual. Saya guna untuk discovery call dengan client Cakna AI. Action items dia ekstrak agak accurate 80% masa.
Caveat: transcription Bahasa Melayu masih shaky. Kalau meeting anda 70% bahasa Melayu, hasil tidak sebaik English.
4. Zapier (free tier ada, $19.99/bulan ≈ RM95 untuk paid) — automasi antara apps
URL: zapier.com
Apa ia buat: sambung antara aplikasi (Gmail, Calendar, Sheets, Slack, WhatsApp, dsb.) untuk automate workflow. Contoh: “bila ada email dengan subject ‘invoice’, save attachment ke Drive folder, hantar Slack notification”.
Untuk SME: mula dengan 1-2 zaps yang automate satu pain point. Contoh popular yang saya recommend client: auto-save lead form submission ke Google Sheets + send WhatsApp notification ke phone anda.
Caveat: Zapier mahal kalau anda scale up. Free tier limit 100 task/bulan. Untuk volume tinggi, n8n (self-hosted, free) alternative tapi perlu setup teknikal.
5. Gamma (free tier ada, $10/bulan ≈ RM48 untuk paid) — slide deck cepat
URL: gamma.app
Apa ia buat: type idea atau outline, Gamma generate slide deck profesional. Anda boleh edit, customize, export ke PDF atau PPTX.
Untuk SME yang kerap perlu pitch atau proposal: dari 4-6 jam siapkan deck PowerPoint sendiri ke 30 minit dengan Gamma. Saya pakai untuk pitch consult package.
Caveat: design output masih nampak “AI-generated” sedikit. Untuk pitch yang very high-stakes (investor deck), still kena polish manual. Untuk client proposal harian — cukup baik.
Math: total stack untuk SME
Anggaran realistic untuk 5 tools ini:
| Tier | NotebookLM | Claude | Fathom | Zapier | Gamma | Total/bulan |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Entry (semua free tier) | Free | Free | Free | Free | Free | RM0 |
| Standard (Claude paid + Fathom paid) | Free | RM95 | RM90 | Free | Free | RM185 |
| Pro (semua paid) | Free | RM95 | RM90 | RM95 | RM48 | RM328 |
Bahkan dalam Pro tier, anda di bawah RM500/bulan. Compared dengan source 15 tool listicle yang push anda ke RM950-1,900/bulan — beza substantial.
10 yang saya skip (dan kenapa)
Source asal sebut 15 tool. 10 yang saya tak masukkan dalam stack SME:
- Lovable dan Cursor — useful untuk pembangun produk dan developer. Kalau anda jenis “bina app sendiri”, ya boleh consider untuk guna. Tapi untuk syarikat SME yang membuat jualan barang atau perkhidmatan, boleh skip saja.
- ChatGPT Deep Research — sub-feature ChatGPT Plus. Pick salah satu antara Claude atau ChatGPT, jangan kedua-dua sekali.
- N8N dan Gumloop — automation alternatives kepada Zapier. Pilih satu. n8n powerful tapi self-host perlu kepakaran. Zapier lebih SME-friendly entry point.
- Revio, Atlas, Chat Aid, Icon, Precision — saya tak boleh verify proper untuk SME use case secara confident. Tool dengan nama generic, dokumentasi tak transparent, dan use case yang overlap dengan free alternatives bukan priority untuk SME tight budget. Anda boleh research sendiri kalau interested, tapi saya tak nak recommend tool yang saya tak yakin akan bagi anda ROI.
Bukan saya cakap tool-tool ni “tak bagus”. Saya cakap untuk SME Malaysia yang baru nak start dengan AI, 5 yang saya recommend bagi value paling cepat untuk kos paling rendah.
Action: mula dengan satu dalam 24 jam akan datang
Jangan setup semua 5 sekaligus. Anda akan overwhelmed dan tinggalkan separuh jalan. Pilih satu yang fit dengan pain point paling besar dalam bisnes anda sekarang:
- Banyak client call/meeting → Fathom dulu
- Banyak document/laporan untuk dibaca → NotebookLM dulu
- Repetitive admin task antara apps → Zapier dulu
- Kerap buat proposal/pitch → Gamma dulu
- Semua-semua → Claude dulu (paling versatile)
Setup dalam 30 minit. Pakai seminggu. Ukur masa yang anda save. Lepas tu baru masuk tool kedua.
Anda tak perlu “tool stack 15 buah” untuk grow. Anda perlu satu tool yang anda pakai betul-betul setiap hari.
Nak tahu markah SEO website anda — sebelum pelanggan (atau ChatGPT) tak jumpa anda?
Website cantik tak bermakna apa-apa kalau ia tak muncul dalam carian. Saya buat scan SEO percuma untuk website SME Malaysia: hantar URL + email, dan dalam 48 jam anda dapat 2 laporan PDF — skor SEO penuh /100 merentas 7 kategori, plus pelan tindakan konkrit (bukan teori). Termasuk semakan GEO: muncul ke website anda bila orang tanya ChatGPT? Nilai biasa RM 497 — untuk anda percuma, tiada pitch jualan.
Atau kalau anda lebih suka berbual dulu: saya ada 30-min discovery call percuma untuk kupas di mana AI boleh tolong bisnes anda. Tempah slot →
One Response