
Sudah biasa bagi pemilik firma perakaunan, setiap kali hujung bulan, meja akan penuh dengan file pelanggan. Sebagai pemilik firma perakaunan kecil atau servis bookkeeping, dan anda pasti terfikir: “Kalau saya masukkan je trial balance klien ni ke dalam Claude atau ChatGPT, mesti laju je kerja.” Tekaan anda tu memang betul — AI memang boleh jadi kakitangan paling produktif dalam firma anda. Ia boleh memproses ribuan transaksi tanpa penat setiap hari, 24/7.
Tetapi sebelum anda mulakan langkah tu, ada satu perkara yang anda kena settle dulu: keselamatan data klien. Sebab dalam perakaunan, data klien bukan data anda — ia adalah satu amanah. Dalam post ini saya kupas cara firma perakaunan Malaysia boleh guna AI untuk buat kerja berat, dengan susunan langkah yang betul: uruskan data dulu, baru uruskan automasi.
Sebelum guna AI untuk firma perakaunan anda, ketahui plan mana selamat untuk lindungi data klien
Inilah bahagian yang ramai terlepas pandang. Bukan semua plan Claude sama dari sudut data, dan inilah fakta sebenar (saya dah semak terus dengan polisi Anthropic):
- Pro / Max (akaun peribadi): sama ada data anda digunakan untuk melatih model bergantung pada satu tetapan opt-in yang anda kawal. Secara default ia tidak dilatih, dan data disimpan 30 hari. Tetapi kalau tetapan itu dihidupkan, data boleh disimpan sehingga 5 tahun dan digunakan untuk latihan.
- Team / Enterprise (terma komersial): data anda tidak digunakan untuk melatih model, dan tempoh simpanan boleh dikonfigur.
Maksudnya untuk firma: jangan bergantung pada satu toggle peribadi untuk melindungi data klien. Toggle boleh tersilap menetapkan maklumat, atau staf lain boleh terlupa. Untuk data klien yang sensitif — imbangan duga, penyata untung rugi, maklumat peribadi — gunakan plan Claude Team atau Enterprise, di mana perlindungan datang dari terma kontrak, bukan dari satu butang.
Ini bukan sekadar amalan baik; ia sejajar dengan tanggungjawab anda di bawah PDPA (Akta Perlindungan Data Peribadi 2010) sebagai pengendali data klien. (Saya bukan penasihat undang-undang — untuk obligasi spesifik firma anda, rujuk penasihat pematuhan. Tapi prinsipnya jelas: data klien perlu digunakan dengan infrastruktur yang betul.)
AI yang siapkan kerja, bukan sekadar jawab
Selepas data settle, barulah kuasa sebenar terbuka. Perbezaan besar: Claude Chat (web/mobile) fokus pada jawapan teks dan sync awan. Claude Cowork (aplikasi desktop) pula jalan secara lokal pada komputer anda — fail dan sejarah kerja disimpan pada mesin sendiri, sesuai untuk dokumen sulit.
Di sinilah AI beralih dari “berbual tentang kerja” kepada “buat kerja”. Contoh jelas untuk firma:
- Penutupan bulanan berjadual: anda boleh set Claude untuk memproses draf penutupan bulanan pada waktu malam, dan anda semak hasilnya pagi esok. Bonus: jalankan tugas berat waktu malam menjimatkan had penggunaan anda untuk waktu siang yang sibuk.
- Kertas kerja & rekonsiliasi: beri Claude folder data, dan ia susun draf kertas kerja — anda kekal sebagai pengesah terakhir.
Saya dah tulis cara susun “ingatan” Claude supaya ia kekal kenal konteks setiap klien tanpa anda ulang-terang di sini — sama prinsipnya untuk firma: satu projek setiap klien, konteks terasing.
Jangan biar AI hanya membuat andaian pada angka cukai
Risiko paling bahaya AI dalam perakaunan ialah halusinasi — ia boleh bagi angka yang kedengaran yakin betul tetapi salah. Untuk firma, satu kadar cukai yang silap masuk boleh jadi masalah besar.
Caranya senang: jangan tanya AI dari ingatannya. Tetapi paksa ia supaya rujuk sumber rasmi. Daripada tanya “apa kadar cukai untuk tahun taksiran 2025?”, arahkan: “Look up kadar tersebut di portal rasmi LHDN dan petik dari sumber itu.” Ini memaksa AI baca laman web LHDN secara langsung (bukan meneka dari ingatan), dan beri anda rujukan yang boleh disemak. Untuk apa-apa angka berkanun, sentiasa guna pendekatan “rujuk dan petik”, bukan “tanya dan harap”.
Seragamkan kualiti staf dengan Skills
Inilah bahagian yang paling berguna untuk firma yang ada beberapa staf. Melalui Skills, anda boleh bina satu proses kerja berulang — contohnya cara memproses fail simpan kira mengikut standard firma anda — dan kemudian kongsikan ia kepada seluruh pasukan.
Maksudnya, staf junior pun boleh hasilkan kerja mengikut standard yang anda tetapkan, sebab “cara firma kita bekerja” sudah dikodkan dalam Skill itu. Ia macam SOP, tetapi yang AI sendiri ikut setiap kali. Untuk firma yang bergelut dengan konsistensi antara staf, ini penjimatan masa yang terang lagi nyata.
Reality check yang jujur
Beberapa nasihat “guru AI” perlu disaring sebelum anda telan:
- Model mana? Untuk tugas penaakulan yang berat (analisis cukai kompleks, struktur korporat), versi Opus sistem Claude memang paling berkuasa. Tetapi jangan terus “abaikan versi Sonnet” — Sonnet sangat berkemampuan untuk kebanyakan tugas dan lebih jimat had penggunaan. Untuk firma kecil yang sensitif kos, padankan model dengan tugas, bukan guna Opus untuk semua.
- Keselamatan lanjut (sandbox, Computer Use): tindakan menguruskan Claude pada mesin/komputer berasingan untuk kerja paling sensitif memanglah munasabah bagi firma besar — tetapi ia tak relevan untuk firma yang baru mula dengan 2-3 orang staff. Oleh itu, mulakan dengan plan asas (plan Team, projek per-klien), naikkan tahap plan bila perlu.
- Dan satu nasihat yang saya setuju sepenuhnya: jangan ambil setting keselamatan bulat-bulat dari video YouTube. Untuk kawalan sebenar, libatkan orang IT yang faham keperluan firma anda.
Langkah pertama anda minggu ini
Sebelum proses mana-mana data klien dengan AI: semak plan anda. Kalau anda masih atas Pro/Max peribadi, naik taraf ke Team sebelum sentuh data sensitif klien — atau sekurang-kurangnya, pastikan sudah sah bahawa tetapan latihan data anda dimatikan. Settle infrastruktur dulu. Automasi yang hebat di atas data yang bocor bukan kemajuan, ia adalah satu liabiliti untuk syarikat anda. Fikir-fikirkan, selamat beramal!
Nak tahu markah SEO website anda — sebelum pelanggan (atau ChatGPT) tak jumpa anda?
Website cantik tak bermakna apa-apa kalau ia tak muncul dalam carian. Saya buat scan SEO percuma untuk website SME Malaysia: hantar URL + email, dan dalam 48 jam anda dapat 2 laporan PDF — skor SEO penuh /100 merentas 7 kategori, plus pelan tindakan konkrit (bukan teori). Termasuk semakan GEO: muncul ke website anda bila orang tanya ChatGPT? Nilai biasa RM 497 — untuk anda percuma, tiada pitch jualan.
Atau kalau anda lebih suka berbual dulu: saya ada 30-min discovery call percuma untuk kupas di mana AI boleh tolong bisnes anda. Tempah slot →